WELCOME

WELCOME

Selasa, 3 November 2015

JIHAD SEORANG IBU

Pengalaman mengandungkan Fawwaz amat bermakna bagi Cik Chah, sekarang ni bila tengok wanita mengandung mesti akan teringat masa mengandung dulu. Banyak perkara yg berubah masa mengandung terutamanya bentuk badan, cepat mengah, emosi dan banyak lagi. Jadi encik2 suami yg isterinya sedang mengandung tu harap faham dgn keadaan 'mak buyung'. Lagipun dia mengandungkan zuriat awak jugak.Hargailah isteri yer encik2 suami =D

Due bersalin 13 Ogos 2015 tapi Cik Chah overdue 4 hari, agaknya baby suka dok dalam perut tu yg lambat nk keluar. Last check up dgn Dr. Asmah 13/Ogos tu Dr dah suruh warded tapi Cik Chah minta permission daripada Dr. Asmah untuk bagi masa.Alhamdulillah Dr. Asmah bagi can sampai 17/08/2015 iaitu hari Isnin. Bukan apa, klu boleh Cik Chah nak baby keluar secara semulajadi, tak nak ada paksaan melalui ubat. Bila dah overdue ni perasaan dah mula risau, takut kena operate jer. Kalau blh tak nak la ceaser , selagi ada peluang kita iktiar. Dengan keadaan yg sarat mengandung, lagi pulak perut besar sbb kulit tebal menterhadkan aktiviti yg Cik Chah nak buat. Banyak benda Cik Chah boleh buat sebelum mengandung tp masa mengandung tak boleh buat. Klu nk duduk bawah pun susah, masa nak bangun daripada duduk bawah lagilah susah, solat pun agak payah sbb cepat mengah dll. Semua tu agak menganggu emosi, tapi itulah pengalaman. Oh ya! perkara yg paling Cik Chah tak suka bila org tegur saiz perut yg besar sgt. Hurm...mmnglah Cik Chah pun tahu perut tu agak besar tp entahlah tak suka la bila org cakap mcm tu.

Sambung balik pasal overdue, keesokkan hari yg check up tu Cik Chah turun tanda darah. Masa tu Cik Chah tidur bangun dari tidur tu tgk2 ada darah tp tak banyak, macam darah period yg nk abes tu. Kebetulan masa tu,  suami balik rumah sbb nak ambil barang. Tengahri tu jgklah kami bergegas ke Hospital Pusrawi.Sampai kat sana kena sorong dgn wheelchair, Cik Chah boleh jalan lagi tp nurse kata memang prosedur hospital. Nak tergelak pun ada, dalam hati 'nurse, sy blm teruk lagi laaa...' dah prosedur, ikut je la kan. Nurse hantar masuk labor room, dlm pukul 3 camtu Dr dtg check bukaan rahim, baru 1 cm. Memang lama la dok dalam hospital, keluar masuk hospital. Dr Asmah bagi time utk keluar jalan2/bersenam utk cepatkan bukaan. Taman Tasik Titiwangsa tu la saksi Cik Chah berjalan/bersenam. Terima kasih sgt kat suami sbb byk bagi sokong, peneman setia dikala susah dan senang.Nanti Fawwaz dah besar ibu nak tunjuk tempat yg ibu bersenam.hehehe.Hari sabtu & Ahad memang bersenam kat situ la.=)

Pujuk baby minta dia keluar cepat, suami asyik pegang perut nak cakap2 ngan baby.Baby pun ada respon , dia bergerak bila kita suami cakap ngan dia. Ahad malam tu dah rasa contraction yg agak kuat daripada sebelum ni, baby aktif bergerak. Memang dia dengar cakap ibu dan ayah, minta dia keluar cepat. Bila overdue ni, rasa lebih excited dan tak sabar nak tgk baby. Sekitar pukul 4 pagi hari Isnin, darah banyak keluar. Panggil nurse utk mtk tlg, nurse dtg dan dia minta bidan checkkan laluan. Masa tu bukaan dah 4 cm. Cik Chah lebih suka klu Dr yg check laluan sbb Dr buat lembut klu bidan agak sakit sedikit. Dari jam 4 pagi tu bukaan laluan mmng perlahan, pukul 1 barulah laluan terbuka ke 10cm,maksudnya 9 jam masa utk bukaan laluan sepenuhnya. Contraction tu mmng sangat sakit tapi Cik Chah kuatkan semangat sbb itulah nama pengalaman. Suami sentiasa ada dengan cik Chah masa tu, tiap kali contraction Cik Chah mesti akan pegang tangan suami kuat2, bukan apa nak minta sokongan.hehehe Pukul 1.55 Cik Chah selamat melahirkan Fawwaz seberat 2.66 kg secara normal. Sweet memori bila Nurse letak Fawwaz kat dada selama 1 jam. Dengar dia menangis, rasa gembira, sayu, semua laaa..hehe Ibu ayah sayang kamu, Fawwaz.Alhamdulillah, semuanya selamat.





Selasa, 23 Jun 2015

HIDUP SEORANG 'PERSONAL ASSISTANT (SAMBUNGAN 2)


Memulakan bidang sebagai P.A tanpa ada sebarang pengalaman dan maklumat tentang bidang kerjanya. Alahai, awal2 tu memang terasa sgt kekok nak buat kerja apatah lagi jadi P.A kepada orangyang berjawatan, banyak perkara yang perlu dijaga. Kadang-kadang rasa macam hidup hanya untuk bos jer =( Kebanyakan urusan yang dibuat lebih daripada urusan sendiri, huurrrm...bukan merungut tapi klu anda berada di tempat saya sudah tentu anda akan merasakan perkara yang sama. Hari minggu bukanlah 100% hari bercuti kita, tamat waktu kerja bukan bermakna kita boleh rehat. Sebab apa??? sebab P.A perlu selalu berada dalam keadaan bersedia, adakala bos akan call untuk memberi arahan, minta apa-apa info dan banyak lagi. Klu panggilan atau sms tidak dibalas, pasti esok lusa tu kena tegur dengan bos. Walaupun sebenarnya itu waktu PERSONAL kita. Jadi bagi orang yang berpendapat bahawa P.A ni takde kerja, maka saya rasa sesuailah klu anda cuba jadi P.A. Lepas tu pasti anda rasa tak nak jadi P.A dah... =)

    Bukan nak memberi gambaran negatif kerjaya sebagai P.A tapi bagi orang-orang yang rasa kerja P.A ni mudah, sebenarnya anda SILAP ! Janganlah anggap yang P.A ni takde kerja atau dayang-dayang pada bos. Tapi apakan daya itulah bidang kerja sebagai sebagai seorang P.A. Mungkin nampak mudah tapi bukan seperti yang anda fikirkan dan sebab tu adanya Hari Setiausaha ! Nampak tak betapa pentingnya peranan seorang P.A / setiausaha.

     Untuk bos-bos / majikan hargailah P.A anda, janganlah memandang P.A sebagai kerani cabuk atau manusia yang tidak ada kehidupan mereka sendiri. Setelah 5 tahun saya berkhidmat sebagai seorang P.A, sudah tiba masa rasanya untuk saya mencuba bidang lain. Untuk menambah pengalaman yang ada, semoga saya terus  bersemangat untuk berada dalam alam pekerjaan dan menjadi seorang bekerjaya. Semoga harapan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya akan saya kecapi dan perlunya ilmu untuk mennjadi orang yang berjaya.


Isnin, 22 Jun 2015

MENCARI MAKNA HIDUP


      Dunia yang penuh dengan dugaan dan godaan. Semua tu hiasan dunia, janganlah kita mudah leka dan tertipu dgn semua itu. Klu kita terbuai dengan semua tu, maka cepat-cepatlah sedar dan bermuhasabah diri semula. Luarannya memang nampak cantik tapi belum tentu di dalamnya, jangan terlalu cepat melatah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup. Fikir dan pertimbangkan semua perkara, semua itu penting supaya kita tak mudah membuat kesilapan. Memang semua orang buat silap, tidak ada yang suci dalam debu tapi sejauh mana kita bijak mengatur kehidupan.

     Cuba kita perhatikan selama kita hidup ni, kita jumpa ramai orang dan pelbagai ragam. Ada yang baik akhlaknya dan ada yang sebaliknya. Yang baik kita teladani dan yang sebaliknya kita perlu jauhi supaya ianya tidak mempengaruhi kita. Macam ion negatif dan ion positif. Dewasa ni, sikap kita banyak dipengaruhi dengan keadaan sekeliling tapi kita sewajarnya mampu untuk membentuk sahsiah diri kita. 

    Semangat untuk terus majukan diri sudah tentu akan turun naik, semangat itu akan luntur bila kurangnya muhasabah dalam diri. Perlunya motivasi untuk membakar semangat supaya terus membara untuk meneruskan hidup dan mempunyai matlamat. Hidup tanpa matlamat, ibarat hidup bagai layang-layang putus. Kita sendiri tak tahu hala tuju hidup. Masa depan yang tak pasti sbb kita sendiri takde matlamat.


SEMOGA SAYA DAN ANDA TERUS ISTIQOMAH DALAM MENCARI MAKNA HIDUP!



Khamis, 11 Jun 2015

TEMPAHAN TASBIH CANTIK + MURAH



Sejak pregnant banyak benda yg berubah, tak dapat nak aktif  sangat. Al-maklumlah cepat penat, klu kena time yg tak kena tetibe je rasa susah nak bernafas, mengeletar...byk perkara baru yg chah belajar sepanjang proses kehamilan ni. Harap anak ibu dalam perut sihat dan tak banyak ragam bila dah keluar nanti, amiiin... =)

Bisnes tetap bisnes dan kerja tetap kerja, larat ke tak larat ke kena buat jugak. Kuatkan semangat yer chah! Tempahan untuk tasbih masih chah terima cuma makan masa sikit nak membuatnya. ALHAMDULILLAH, suami banyak membantu dan sangat memahami. Kesian tgk  encik suami yg bertungkus lumus tolong buat tasbih, buat kerja rumah & byk lagi. TERIMA KASIH ABG =D


Sepanjang proses menyiapkan tempahan tasbih untuk customer tersayang. Inilah hasil tasbih yg dibuat dengan penuh kasih sayang. =D


Manik-manik yang belum di proses lagi











Tada!!! ni lah hasilnya =)












HIDUP SEORANG 'PERSONAL ASSISTANT'


Permulaan kerja yang tak pernah aku sangka bahawa aku akan menjadi seorang "personal assistant". Masa belajar dulu tak pernah ambil tahu pun pasal dunia 'P.A' ni, jadi kena la belajar A - Z. Korang mungkin dah biasa dengar dan tahu apa itu 'P.A' , tapi bukan semua orang tahu apa itu dunia 'P.A' dan apa yg sebenarnya kerja P.A. Sebut perkataan P.A memang senang tapi nak jadi seorang P.A bukanlah satu perkara yang mudah. 

Habis belajar terus dapat kerja, ALHAMDULILLAH! bersyukur sangat-sangat sebab ruang menganggur tu seminggu jer. Dalam masa seminggu tu bukanlah seindah yg disangka sbb mak ditimpa malang sbb kejadian api menyambar masa memasak kat dapur. Kejadian tu jadi waktu awal pagi sekitar 5 pagi, masa tu kami adik beradik tengah nyenyak tidur. Rutin harian mak bangun awal utk memasak sbb mak meniaga makanan (sarapan). Masa tu aku sedar-sedar mak menjerit minta tolong, keadaan dapur berjelaga disebabkan api yg menyambar besar.YA ALLAH!Api yg menyambar secara tetiba-tiba tu menyebabkan kuali yg berisi minyak yg panas terkena kaki mak, muka mak jadi merah sbb terkena bahang api. Dengan segera kami bawak mak ke HKL pagi itu. Setelah diberi rawatan awal, pihak HKL menghantar mak ke Hospital Klang kerana wad bahagian melecur di HKL sedang dibaiki. Buat pertama kalinya, aku dan mak menaiku Ambulans. Itulah pengalaman pertama dan aku harap itulah juga pengalaman yang terakhir!

Bidang tugas P.A luas, lebih daripada sehelai kertas.Senang cakap semua kerja P.A kena buat. Orang ingat P.A ni kerja dia sekadar jaga jadual bos, buat surat (menaip), sediakan makanan dan minuman bila ada mesyuarat. Waaah!!!! klu itu jer keja P.A kira mcm tea lady gak la yeeer gamaknya.


sambung cerita lain kali lak yer =) 


Rabu, 3 Jun 2015

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB


SEKADAR BERKONGSI CERITA ZAMAN DAHULU KALA


Kekuasaan Penuh Pada zaman dahulu, seorang raja berasa kekuatan ketenteraannya perlu ditingkatkan. Hal itu perlu dilakukan apabila memikirkan serangan musuh semakin dekat, sedangkan kekuatan ketenteraan yang sedia ada tidak memadai. Raja berfikir gundiknya yang seramai 20 orang boleh juga diberi latihan  keteenteraan memandangkan mereka adalah orang yang rapat denganya.kemudian para gundik itu diharapkan tidak hanya sebagai teman dan gundik raja tetapi  turut menjadi perisil yang memiliki kecekapan membela diri dan mahir dalam selok belok ketenteraan Selepas mendapat khidmat  nasihat darioda kumpulan penasihat raja gundik gundik raja itu pun dputuskan perlu diberi latihan letenteraan program pendidikan danlatihan ketenteraan  diselenggarakan selama dua minggu dimulai dengan latihan berbaris Selepas mendengar rancangan tiu gundik gundik itu tertawa geli hati dan mereka cuba menolaknya naun mereka juga takut diusir dari istanaPada hari pertama pendidikan dan latian dijalankan semua gundik itu hanya tertawa tawa. Jurulatih tidak dapat mengendalikan mereka kerana kedudukan mereka lebih tinggi sedangkan jurulatih itu hanya seorang yang berpangkat rendah .  apalagi gundik-gundik itu sering merendahkan rendahkan dan memperlekehkan kedudukan jurulatiiih. Melihat kegagalan si jurulatih , raja tetap bertekad mahu meneruskan niatnya melarih gundik gundiknya dan segera mencari penggantu jurulatihDaripada maklumat  pensihatnya, raja berjaya mendapat seorang jurulatih yang cekap dalam mendidik dan mengubah  orang lain daripada segi moral dan merangka strategi  perang. Jurulatih tiu bernama sun tzu . selepas  raja menjelaskan rancangannya, sun tzu pun menyatakan kesanggupannya tetapi dengan satu syarat . dia mahu diberikan kekuasaan penuh, iaitu  hak dankuasa penuh bagi melakukan apa sahaja demi menjayakan harapan raja. Raja bersetuju memberikannya kekuasaan penuh dengan mengeluarkan surat tauliah latihan gundik gundik raja angkatan pertama lengkap dengan anugerah, kekuasaan penuh dan tempoh latihan Sun tzu mula melatih mereka . dia mengambil tempat di sebuah kawasan ;apang di dalam istana raja. Latihan pertama ada;ah berbaris, diteruskan dengan latiahn ketenteraan dan staregi perang yang dijalankan di tengah hutan .namun sun tzu mengalami masalah besar dalam melatih mereka. Tingkahlaku mereka sama sahaja semasa mereka dilatih oleh jurulatih sebelumnya Melihatkan keadaan itu, sun tzu mula mencari  siapakah ketua du antara mereka yang menjadi penghasut  kepada anggota lain.dialaj yang diduga sun tzu sebagai epal busuk hingga latihan tidak berjalan dengan lancar. Salah seorang  oeserta itu adalah wanita muda dan yang tercantik di antara semua gundik yang ada. Tenyata dialah yang menghasut rakan-rakannya supaya tidak serius menjalanolatihan. Daripada maklumat yang diperolehnya,  sun tzu mendapat tahu yang wanita itu gundik kesayangan raja. Dia bukan sahaja muda dancantik malah cerdas hingga raja sering meminta pendapatnya. Saying sekali sikapnya inilah yang menyebabkan latihan itu tidak berjalan dengan lancar dan baik. Dia mungkin bera sudah menjadi orang penting hingga berkelakuan sesuka hati dan suka pula mempermainkan jurulatihMengingatkan kekuasaan yang sudah diberikan kepadanya, sun tzu menghunus pedangnya lalu memenggal kepala gundik tu hingga terpenggal dari badannya. Mata raja terbelalak, namun tidak dapat  berbuat apa-apa kerana sudah memberi kekuasaan penuh kepad ajurulatih. Sementara itu gundik-gundik lain menjadi takut. Akhirnya, 19 gundik yang tinggal itu berlatih bersungguh-sungguh dan berdisplin hingga akhir program latihan. Maka tercapailah visi dan misi raja supaya gundiknya dapat berperang  dan menjadi perisik tepa pada waktunya.  Amanah yang diberikan kepada seseorang itu adalah tanggungjawab penuh untuk dilaksanakan dengan penuh rasa tanggungjawab sekali gus menjadi satu bentuk layanan kepada orang lain bukanlah lampu hijau  bagi merendah rendahkan orang lain

Rabu, 4 Mac 2015

TALAM DUA MUKA VS MUSUH DALAM SELIMUT ???

Peribahasa ni selalu kita dengar masa zaman sekolah dulu. Masa tu kita hanya tahu sebut dan faham maksud peribahasa tu jer. Sekadar itu sahaja.



Talam dua muka tu bermaksud :








Manakala Musuh dalam selimut bermaksud  :



Orang yang khianat dalam diam-diam





     Bila kita dah tamat zaman persekolahan, bermula zaman 'universiti' atau 'institusi' yg mendedahkan kita sedikit tentang peribahasa tersebut.Kita akan mula mengenal dan menghadapi dengan SITUASI sebenar. Rupanya peribahasa ni terlalu sinonim dengan dunia sebenar. Pedihnya akan terasa bila kita menjadi mangsa kepada manusia yg 'Talam Dua Muka'. Biasanya kita tak akan sedar kehadiran mereka ni. Sikap baik dan layanan yg boleh juga dikatakan baik. Tapi ingatlah 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga' . Suatu masa dan ketika kita akan dapat tahu juga kehadiran mereka ni. Ingat! janganlah cepat melenting dengan keadaan selepasa kita mendapat tahu perkara sebenar. Kita perlu lebih 'cool' untuk menyelongkar dan membongkar supaya tidak mencetuskan pergaduhan. Walaupun masa tu hati kita dah panas membara, sedih, kecewa dan bercampur baur. 'Talam dua muka' ni boleh jadi kawan karib, majikan dan jangan terkejut kalau hadirnya 'Talam dua muka' ni daripada keluarga kita sendiri. Sebab tu ada pepatah mengatakan 'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. Maksudnya, kalau kita nak buat baik tu ada batasannya sbb bila org yg kita dah buat baik tu khianat pada kita, kita tak akan rasa terlalu kecewa! Ingat tu yer.

      Bila masuk alam pekerjaan, lagilah banyak 'Talam bermuka-muka' dan 'Musuh dalam selimut' ! Jadi ingatlah bila kita nak berkongsi sesuatu info atau mungkin luahan perasaan maka pilihlah orang yang betul. Ada maklumat yg boleh dikongsi dan ada juga info yg tidak perlu dikongsi sebagai tanda berhati-hati. Bila kita bekerja ni, kita akan berhadapan dengan situasi 'stress' bila stress kita perlukan seseorang utk luahkan dan keluarkan stress tersebut. Luahkan pada orang yg betul dan ingat, jangan keterlaluan apabila meluahkan sbb boleh jadi org yg kita percaya tu berpaling tadah. Luahkan sepenuh hati dan sehabis boleh pada ALLAH, tuhan pemilik alam ini kerana dia lebih mengerti.


Hati-hati !


Selasa, 3 Mac 2015

KALAU DAH JADI BOS JANGAN LUPA DIRI !


Ramai dalam kalangan kita yg bermula dari peringkat bawah tak kiralah samaada bekerja atau pun menjalankan perniagaan. Mereka bermula daripada bawah, bila bermula daripada bawah bermaksud mereka ni ada pengalaman menerima arahan, di suruh ini, di suruh itu dan banyak lagi. Faham-faham sajalah golongan bawah ni hanya perlu mengangguk,  patuh pada arahan dan mendengar arahan. Walaupun ada hak untuk bersuara tapi hak ni selalu di endahkan. Nak bagi pendapat atau komen pun tak boleh. Kadang-kadang terpaksa meng 'ia' kan apa yg salah atau apa yg dia sendiri tak setuju. 

Sepatutnya pengalaman itu mengajar dan mendidik supaya tak buat pada orang lain. tapi ada segelintir tu seolah-olah tak pernah mengalaminya pulak. namun, bukan semua yg jadi macam tu. Ada juga bila dah jadi golongan atasan ni, dia jadi lebih bertimbang rasa,  faham keadaan dan suka mendengar idea-idea daripada golongan bawahan. Itu semua pilihan, pilih nak jadi yg bertimbang rasa atau yg takde perasaan. (zalim pulak bunyinya...)

Dalam organisasi, memang akan ada banyak kerenah dan perangai anak buah yg perlu di atasi tp BIJAKLAH menanganinya. Berlembut tapi tegas tp jangan KERAS lalu terus mematah! Perlu jadi yg golongan atasan yg bertimbang rasa, lebih-lebih pada anak buah yg sudah berumah tangga dan masalah-masalah lain. Macam2 keadaan yg ada. Namun jangan lupa diri sbb sebelum jadi bos mungkin kamu juga seperti tu. Kalau tidak macam tu pun, mungkin satu ketika dulu kamu pernah melihat teman kamu yg masuk lewat ke pejabat kerana menghantar anaknya ke klinik dimarahi teruk oleh majikan kamu.

BERTIMBANG RASALAH !


Isnin, 2 Mac 2015

KALAU DAH MINAT, SEMUA BOLEH JADI



          Tergerak hati Cik Chah nak mengkaji beberapa jenis perniagaan yang ada kat Malaysia. Kepala asyik berfikir jer, sebenarnya berfikir tu lebih penat daripada penat fizikal. Otak yg ligat berfikir, idea-idea bisnes yg simple tapi mampu menghasilkan pendapatan yg tak dijangka. Cik Chah suka tgk orang berniaga, tahu sbb apa ??? sbb org yg berniaga ni dia ada SEMANGAT YG KENTAL. Sebut memang mudah kan? dengar pun mudah jer bunyi yer? tapi nak dapatkan dan ada semangat macam tu bukanlah semudah yg disebut dan didengar. Hanya yg menghadapi dan menjalaninya saja yg tahu. 
Bagi Cik Chah, mereka ni orang kaya dengan ilmu, pengalaman dan juga harta. Kebanyakannya mereka ni tak kedekut ilmu, mereka suka berkongsi dengan orang lain. Dan sbb tu jugaklah rezeki mereka ni MURAH & SELALU BERTAMBAH-TAMBAH.


Oklah berbalik pada tajuk asal kita, ada beberapa idea-idea perniagaan yg Cik Chah berjaya belajar dan kaji. Antaranya :

1.   Bisnes Dobi Layan Diri
2.   Bisnes Kedai Fotostat
3.   Bisnes Sticker (Sourvenir, Kartun, Sticker magnet dll)
4.   Kad Kahwin
5.   Bisnes Label pakaian
6.   Bisnes Sulaman (Tag nama, sulam pada tuala dll)


        Semuanya menarik hati Cik Chah tapi ada 1 yg Cik Chah rasa nak bincang dan share dgn pembaca iaitu Bisnes Sulaman. Bisnes ni simple jer, pada awalnya Cik Chah rasa mungkin bisnes ni akan menghasilkan pendapatan yg kecil tp jangkaan tu silap. Setelah dikaji, Cik Chah barulah terfikir yg bukan budak sekolah jer pakai tag nama malah ramai lagi. Nampak??? Benda tu nampak kecil jer tp sebenarnya pasarannya besar. Cuma kita jer yg pandang dengan sebelah mata sebab tu kita nampak perkara tu kecil. Ditakdirkan Cik Chah berjaya jumpa dgn blog pengusaha yg buat bisnes ni. Suri rumah lagi...nampak??? suri rumah jer tp mampu buat bisnes ni. Cik Chah beranikan diri utk berhubung dgn pengusaha tu melalui FACEBOOK. Bukan apa takut pengusaha tu sibuk. Mula-mula, Cik Chah add dan PM dia. Tak sangka, tak sampai  setengah hari pengusaha tu dah approved dan  dapat respon yg baik drpd dia. ALHAMDULILLAH, salam perkenalan dari Cik Chah pada pengusaha tu. Dia bahasakan diri dia dgn panggilan Kak Zu. Jadi mesra la masa bersembang tu. Kak zu memang ramah dan tak lokek utk berkongsi ilmu. Perkenalan yg sgt menarik! 

          Kata Kak Zu, dia bermula dgn hobi jer. Lepas dia berhenti kerja dia suka menyulam, jadi dia transformkan kepada perniagaan. Nampak biasa tapi SUNGGUH LUARBIASA ! 



Gambar kat bawah ni adalah hasil kerja Kak Zu








Nampak tak benda yg kecil tp sebenarnya pasarannya luas. Kalau dah minat, semua boleh jadi!
Untuk suri rumah yg lain mungkin boleh cuba jenis perniagaan ni. Cuma perlu keluarkan modal untuk membeli mesin jahit/sulaman.


Disini saya kongsikan harga2 mesin :




Jom lawat blog Kak Zu http://kuazue.blogspot.com