WELCOME

WELCOME

Selasa, 3 Mac 2015

KALAU DAH JADI BOS JANGAN LUPA DIRI !


Ramai dalam kalangan kita yg bermula dari peringkat bawah tak kiralah samaada bekerja atau pun menjalankan perniagaan. Mereka bermula daripada bawah, bila bermula daripada bawah bermaksud mereka ni ada pengalaman menerima arahan, di suruh ini, di suruh itu dan banyak lagi. Faham-faham sajalah golongan bawah ni hanya perlu mengangguk,  patuh pada arahan dan mendengar arahan. Walaupun ada hak untuk bersuara tapi hak ni selalu di endahkan. Nak bagi pendapat atau komen pun tak boleh. Kadang-kadang terpaksa meng 'ia' kan apa yg salah atau apa yg dia sendiri tak setuju. 

Sepatutnya pengalaman itu mengajar dan mendidik supaya tak buat pada orang lain. tapi ada segelintir tu seolah-olah tak pernah mengalaminya pulak. namun, bukan semua yg jadi macam tu. Ada juga bila dah jadi golongan atasan ni, dia jadi lebih bertimbang rasa,  faham keadaan dan suka mendengar idea-idea daripada golongan bawahan. Itu semua pilihan, pilih nak jadi yg bertimbang rasa atau yg takde perasaan. (zalim pulak bunyinya...)

Dalam organisasi, memang akan ada banyak kerenah dan perangai anak buah yg perlu di atasi tp BIJAKLAH menanganinya. Berlembut tapi tegas tp jangan KERAS lalu terus mematah! Perlu jadi yg golongan atasan yg bertimbang rasa, lebih-lebih pada anak buah yg sudah berumah tangga dan masalah-masalah lain. Macam2 keadaan yg ada. Namun jangan lupa diri sbb sebelum jadi bos mungkin kamu juga seperti tu. Kalau tidak macam tu pun, mungkin satu ketika dulu kamu pernah melihat teman kamu yg masuk lewat ke pejabat kerana menghantar anaknya ke klinik dimarahi teruk oleh majikan kamu.

BERTIMBANG RASALAH !


Tiada ulasan:

Catat Ulasan