Peribahasa ni selalu kita dengar masa zaman sekolah dulu. Masa tu kita hanya tahu sebut dan faham maksud peribahasa tu jer. Sekadar itu sahaja.
Talam dua muka tu bermaksud :
Manakala Musuh dalam selimut bermaksud :
Orang yang khianat dalam diam-diam
Bila kita dah tamat zaman persekolahan, bermula zaman 'universiti' atau 'institusi' yg mendedahkan kita sedikit tentang peribahasa tersebut.Kita akan mula mengenal dan menghadapi dengan SITUASI sebenar. Rupanya peribahasa ni terlalu sinonim dengan dunia sebenar. Pedihnya akan terasa bila kita menjadi mangsa kepada manusia yg 'Talam Dua Muka'. Biasanya kita tak akan sedar kehadiran mereka ni. Sikap baik dan layanan yg boleh juga dikatakan baik. Tapi ingatlah 'sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga' . Suatu masa dan ketika kita akan dapat tahu juga kehadiran mereka ni. Ingat! janganlah cepat melenting dengan keadaan selepasa kita mendapat tahu perkara sebenar. Kita perlu lebih 'cool' untuk menyelongkar dan membongkar supaya tidak mencetuskan pergaduhan. Walaupun masa tu hati kita dah panas membara, sedih, kecewa dan bercampur baur. 'Talam dua muka' ni boleh jadi kawan karib, majikan dan jangan terkejut kalau hadirnya 'Talam dua muka' ni daripada keluarga kita sendiri. Sebab tu ada pepatah mengatakan 'Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'. Maksudnya, kalau kita nak buat baik tu ada batasannya sbb bila org yg kita dah buat baik tu khianat pada kita, kita tak akan rasa terlalu kecewa! Ingat tu yer.
Bila masuk alam pekerjaan, lagilah banyak 'Talam bermuka-muka' dan 'Musuh dalam selimut' ! Jadi ingatlah bila kita nak berkongsi sesuatu info atau mungkin luahan perasaan maka pilihlah orang yang betul. Ada maklumat yg boleh dikongsi dan ada juga info yg tidak perlu dikongsi sebagai tanda berhati-hati. Bila kita bekerja ni, kita akan berhadapan dengan situasi 'stress' bila stress kita perlukan seseorang utk luahkan dan keluarkan stress tersebut. Luahkan pada orang yg betul dan ingat, jangan keterlaluan apabila meluahkan sbb boleh jadi org yg kita percaya tu berpaling tadah. Luahkan sepenuh hati dan sehabis boleh pada ALLAH, tuhan pemilik alam ini kerana dia lebih mengerti.
Hati-hati !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan