WELCOME

WELCOME

Isnin, 2 Mac 2015

KALAU DAH MINAT, SEMUA BOLEH JADI



          Tergerak hati Cik Chah nak mengkaji beberapa jenis perniagaan yang ada kat Malaysia. Kepala asyik berfikir jer, sebenarnya berfikir tu lebih penat daripada penat fizikal. Otak yg ligat berfikir, idea-idea bisnes yg simple tapi mampu menghasilkan pendapatan yg tak dijangka. Cik Chah suka tgk orang berniaga, tahu sbb apa ??? sbb org yg berniaga ni dia ada SEMANGAT YG KENTAL. Sebut memang mudah kan? dengar pun mudah jer bunyi yer? tapi nak dapatkan dan ada semangat macam tu bukanlah semudah yg disebut dan didengar. Hanya yg menghadapi dan menjalaninya saja yg tahu. 
Bagi Cik Chah, mereka ni orang kaya dengan ilmu, pengalaman dan juga harta. Kebanyakannya mereka ni tak kedekut ilmu, mereka suka berkongsi dengan orang lain. Dan sbb tu jugaklah rezeki mereka ni MURAH & SELALU BERTAMBAH-TAMBAH.


Oklah berbalik pada tajuk asal kita, ada beberapa idea-idea perniagaan yg Cik Chah berjaya belajar dan kaji. Antaranya :

1.   Bisnes Dobi Layan Diri
2.   Bisnes Kedai Fotostat
3.   Bisnes Sticker (Sourvenir, Kartun, Sticker magnet dll)
4.   Kad Kahwin
5.   Bisnes Label pakaian
6.   Bisnes Sulaman (Tag nama, sulam pada tuala dll)


        Semuanya menarik hati Cik Chah tapi ada 1 yg Cik Chah rasa nak bincang dan share dgn pembaca iaitu Bisnes Sulaman. Bisnes ni simple jer, pada awalnya Cik Chah rasa mungkin bisnes ni akan menghasilkan pendapatan yg kecil tp jangkaan tu silap. Setelah dikaji, Cik Chah barulah terfikir yg bukan budak sekolah jer pakai tag nama malah ramai lagi. Nampak??? Benda tu nampak kecil jer tp sebenarnya pasarannya besar. Cuma kita jer yg pandang dengan sebelah mata sebab tu kita nampak perkara tu kecil. Ditakdirkan Cik Chah berjaya jumpa dgn blog pengusaha yg buat bisnes ni. Suri rumah lagi...nampak??? suri rumah jer tp mampu buat bisnes ni. Cik Chah beranikan diri utk berhubung dgn pengusaha tu melalui FACEBOOK. Bukan apa takut pengusaha tu sibuk. Mula-mula, Cik Chah add dan PM dia. Tak sangka, tak sampai  setengah hari pengusaha tu dah approved dan  dapat respon yg baik drpd dia. ALHAMDULILLAH, salam perkenalan dari Cik Chah pada pengusaha tu. Dia bahasakan diri dia dgn panggilan Kak Zu. Jadi mesra la masa bersembang tu. Kak zu memang ramah dan tak lokek utk berkongsi ilmu. Perkenalan yg sgt menarik! 

          Kata Kak Zu, dia bermula dgn hobi jer. Lepas dia berhenti kerja dia suka menyulam, jadi dia transformkan kepada perniagaan. Nampak biasa tapi SUNGGUH LUARBIASA ! 



Gambar kat bawah ni adalah hasil kerja Kak Zu








Nampak tak benda yg kecil tp sebenarnya pasarannya luas. Kalau dah minat, semua boleh jadi!
Untuk suri rumah yg lain mungkin boleh cuba jenis perniagaan ni. Cuma perlu keluarkan modal untuk membeli mesin jahit/sulaman.


Disini saya kongsikan harga2 mesin :




Jom lawat blog Kak Zu http://kuazue.blogspot.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan