WELCOME

WELCOME

Khamis, 11 Jun 2015

HIDUP SEORANG 'PERSONAL ASSISTANT'


Permulaan kerja yang tak pernah aku sangka bahawa aku akan menjadi seorang "personal assistant". Masa belajar dulu tak pernah ambil tahu pun pasal dunia 'P.A' ni, jadi kena la belajar A - Z. Korang mungkin dah biasa dengar dan tahu apa itu 'P.A' , tapi bukan semua orang tahu apa itu dunia 'P.A' dan apa yg sebenarnya kerja P.A. Sebut perkataan P.A memang senang tapi nak jadi seorang P.A bukanlah satu perkara yang mudah. 

Habis belajar terus dapat kerja, ALHAMDULILLAH! bersyukur sangat-sangat sebab ruang menganggur tu seminggu jer. Dalam masa seminggu tu bukanlah seindah yg disangka sbb mak ditimpa malang sbb kejadian api menyambar masa memasak kat dapur. Kejadian tu jadi waktu awal pagi sekitar 5 pagi, masa tu kami adik beradik tengah nyenyak tidur. Rutin harian mak bangun awal utk memasak sbb mak meniaga makanan (sarapan). Masa tu aku sedar-sedar mak menjerit minta tolong, keadaan dapur berjelaga disebabkan api yg menyambar besar.YA ALLAH!Api yg menyambar secara tetiba-tiba tu menyebabkan kuali yg berisi minyak yg panas terkena kaki mak, muka mak jadi merah sbb terkena bahang api. Dengan segera kami bawak mak ke HKL pagi itu. Setelah diberi rawatan awal, pihak HKL menghantar mak ke Hospital Klang kerana wad bahagian melecur di HKL sedang dibaiki. Buat pertama kalinya, aku dan mak menaiku Ambulans. Itulah pengalaman pertama dan aku harap itulah juga pengalaman yang terakhir!

Bidang tugas P.A luas, lebih daripada sehelai kertas.Senang cakap semua kerja P.A kena buat. Orang ingat P.A ni kerja dia sekadar jaga jadual bos, buat surat (menaip), sediakan makanan dan minuman bila ada mesyuarat. Waaah!!!! klu itu jer keja P.A kira mcm tea lady gak la yeeer gamaknya.


sambung cerita lain kali lak yer =) 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan