WELCOME

WELCOME

Isnin, 22 Jun 2015

MENCARI MAKNA HIDUP


      Dunia yang penuh dengan dugaan dan godaan. Semua tu hiasan dunia, janganlah kita mudah leka dan tertipu dgn semua itu. Klu kita terbuai dengan semua tu, maka cepat-cepatlah sedar dan bermuhasabah diri semula. Luarannya memang nampak cantik tapi belum tentu di dalamnya, jangan terlalu cepat melatah dalam membuat sebarang keputusan dalam hidup. Fikir dan pertimbangkan semua perkara, semua itu penting supaya kita tak mudah membuat kesilapan. Memang semua orang buat silap, tidak ada yang suci dalam debu tapi sejauh mana kita bijak mengatur kehidupan.

     Cuba kita perhatikan selama kita hidup ni, kita jumpa ramai orang dan pelbagai ragam. Ada yang baik akhlaknya dan ada yang sebaliknya. Yang baik kita teladani dan yang sebaliknya kita perlu jauhi supaya ianya tidak mempengaruhi kita. Macam ion negatif dan ion positif. Dewasa ni, sikap kita banyak dipengaruhi dengan keadaan sekeliling tapi kita sewajarnya mampu untuk membentuk sahsiah diri kita. 

    Semangat untuk terus majukan diri sudah tentu akan turun naik, semangat itu akan luntur bila kurangnya muhasabah dalam diri. Perlunya motivasi untuk membakar semangat supaya terus membara untuk meneruskan hidup dan mempunyai matlamat. Hidup tanpa matlamat, ibarat hidup bagai layang-layang putus. Kita sendiri tak tahu hala tuju hidup. Masa depan yang tak pasti sbb kita sendiri takde matlamat.


SEMOGA SAYA DAN ANDA TERUS ISTIQOMAH DALAM MENCARI MAKNA HIDUP!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan