WELCOME

WELCOME

Khamis, 12 Disember 2013

SERONOKNYA MENABUNG !!!





Kita sering menghadapi masalah untuk menabung setiap bulan kerana gagal mengawal nafsu untuk berbelanja bila tiba hari gaji. Walaupun kita tahu kepentingannya dan kebaikan menabung tetapi  rancangan untuk menabung tergendala. Bagaimana nak menabung ??? Di sini saya berikan beberapa tips.Selamat mencuba!

1. Rekod trend aliran kewangan
Anda tidak perlu kaya raya untuk menabung. Sebenarnya menabung itu sangat mudah, asalkan perbelanjaan anda lebih kecil daripada pendapatan. Sebelum anda memutuskan untuk berjimat perbelanjaan tertentu, anda harus tahu trend perbelanjaan anda setiap bulan.Oleh itu, mulai bulan hadapan, catat perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan. Gunakan buku kecil yang mudah di bawa ke mana-mana. Secara tidak langsung anda dapat melihat trend perbelanjaan anda setiap hari.Sisihkan wang di awal bulan, cara ini anda dapat menyimpan lebih banyak wang. Tentukan tarikh untuk anda menabung setiap bulan dan patuhi tarikh itu agar anda tidak tersasar. Gunakan kaedah potongan berjadual agar anda lebih berdisiplin.

2. Utamakan Bayar semua hutang
Selesaikan semua jenis hutang setiap bulan seperti ansuran kereta, rumah dan sebagainya. Jika anda ada hutang kad kredit, cuba selesaikannya secepat mungkin. Jangan hanya membayar minimum sahaja kerana ia menggalakkan lagi peningkatan faedah setiap bulan.Jika hutang telah dilunaskan, lebih mudah untuk merancang tabungan setiap bulan. Kemudian apabila kebiasaan menabung anda sudah berjalan dengan agak baik, maka mulalah untuk tetap berusaha menabung secara konsisten setiap bulan. Apabila berjaya mendisiplinkan diri untuk menabung, selanjutnya motivasi diri anda untuk meningkatkan nilai jumlah tabungan untuk setiap bulan.Banyak motivasi yang dapat digunakan dalam hal ini, misalnya seperti persediaan untuk bercuti, ingin membeli barang kemas dan sebagainya. Namun masih banyak jenis motivasi lain yang boleh dijadikan 'semangat' untuk anda terus menambah tabungan.Bahagikan tabungan anda kepada pecahan tertentu seperti wang tabungan yang boleh 'disentuh' dan wang tabungan 'beku' iaitu wang yang tidak boleh disentuh. Ia bagi mengelakkan anda daripada menghabiskan wang tabungan yang telah disimpan sekian lama. Jika wang tabungan tidak dibuat pecahan sedemikian, tidak mustahil ia akan habis begitu sahaja. Maka akan sia-sialah usaha anda selama ini untuk menabung.

3. Simpan wang bonus/dividen
Jika anda mendapat bonus, asingkan secepat mungkin jumlah wang yang ingin anda simpan. Bukan tidak boleh berbelanja tetapi jadikan amalan agar segera mengasingkan wang bonus yang diperoleh supaya ia tidak habis tanpa anda sedari.Tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang gagal menguruskan kewangan mereka terutama ketika mendapat bonus sehingga ada yang langsung tidak menyimpan walau sedikit pun. Jangan begitu, didik dan tanamkan dalam diri anda untuk menyimpan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada wang bonus yang anda peroleh. Jika anda menyimpan lebih banyak, ia lebih baik. Bukan untuk orang lain pun, untuk diri anda juga.

4. Buka akaun bank tanpa kad
Seelok-eloknya buka akaun bank lain bagi mengumpul wang simpanan anda setiap bulan. Jangan campurkan wang simpanan anda dengan akaun bank gaji anda kerana ia tidak 'menampakkan' wang yang anda simpan.Lebih baik wang simpanan anda ini disimpan di dalam akaun yang berasingan kerana cara itu, wang tabungan akan lebih terpelihara selain mudah untuk anda memeriksa jumlah wang yang telah anda simpan.

5. Akaun dilupakan
Buat simpanan di dalam akaun ini dan jangan sentuh atau membuat pengeluaran.Lupakan akaun ini untuk tujuan simpanan. Langkah ini lebih selamat!

6. Duit KUTU
Amalan main duit KUTU ini juga sangat bagus.Buat kumpulan kecil untuk main duit KUTU. Tapi ingat klu nak main duit KUTU ni kena cari geng yg anda percaya!

7. Tabung 'DAUN HIJAU'
Tabung 'Daun Hijau' ni merujuk kepada duit RM5 yang berwarna hijau. Nilainya yg tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Cubalah, pasti anda akan suka dgn cara ni. =)

Amalan menabung sebenarnya memerlukan kekuatan pada diri anda sendiri. Jika anda tidak kuat menepis dugaan-dugaan untuk berbelanja nescaya niat untuk menabung akan terkubur begitu sahaja.Oleh itu, apa yang boleh anda lakukan ialah sentiasa sematkan dalam hati anda untuk terus menabung demi masa depan. Kita tidak tahu bagaimana masa hadapan kita nanti. Mungkin ketika ini hidup kita dilimpahi dengan kemewahan. Oleh itu, jangan sesekali anda leka kerana kealpaan untuk menabung akan menyebabkan anda merana apabila ditimpa musibah. Kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan...








RANCANG PERSARAAN DI WAKTU MUDA



' Persiapan persaraan mestilah meliputi pengurangan hutang, perbelanjaan, pelaburan dan kesihatan "





       Setiap yang bermula pasti akan berakhir, camtu juga la yg muda pasti akan tua. Apabila umur semakin meningkat  terutamanya apabila usia melebihi 50 tahun. Perjalanan hidup selepas bersara mesti akan berlegar-legar dalam kotak fikiran.

   Bagi individu yang sudah bersedia untuk berdepan dengan persaraan pasti kepala tidak terlalu memikirkan perjalana hidup selepas bersara.Apatah lagi waktu persaraan membuka ruang untuk membuat aktiviti yang disukai dan tidak terikat dengan waktu-waktu tertentu.

     Kalau sudah bersedia tidak mengapa tetapi bagi yang belum bersedia alamatnya mengeluh  panjanglah kita. Seseorang yang menjalani hidup sederhana pun tidak akan mempunyai wang simpanan yang mengcukupi untuk menjalani kehidupan yang selesa selepas bersara.

      Apabila mengambil kira pelbagai faktor kenaikan  harga, cukai dan sebanyak mana seorang biasa membelanjakan wang mereka maka hanya sebahagian kecil sahaja wang yang ada untuk dibelanja apabila bersara.


Berikut beberapa tips saya sarankan untuk anda yang mana ianya mungkin membantu perancangan persaraan anda nanti

Terdapat beberapa sumber kewangan yang boleh membantu di hari persaraan kelak, seperti :

1.     Pencen dan Gratuiti (bagi pekerja perkhidmatan awam)

2.     Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

3.     Pendapatan daripada simpnan ataupun pelaburan

4.     Wang daripada polisi Insurans Hayat 



     Apabila anda sudah mengetahui apakah sumber-sumber kewangan, maka secara automatiknya perancangan untuk persaraan boleh dirangka. Walau apa juga perancangan anda, beberapa perkara- perlu diketahui, dinilai dan dikemas kini. 

Di antara perkara-perkara yang perlu dikemas kini adalah seperti berikut :

1.      Mengetahui dan menetukan jumlah simpanan

2.      Mengetahui aset yang anda miliki sekarang
3.      Pendapatan yang anda terima setiap bulan (samaada 
         kasar atau bersih)

4.      Peratusan caruman ke dalam KWSP

5.      Dana-dana pelaburan

6.      Peratusan pulangan balik daripada pelaburan

7.      Jarak masa yang tinggal sehingga mencapai usia 
         persaraan untuk mengumpul wang


      Selepas mengkaji aset dan tnaggungan yang kita miliki, anggarakan jumlah yang diperlukan serta lakukan pengubahsuian berdasarkan kepada kada inflasi sekrang seterusnya tetapkan bila anda mahu bersara supaya keperluan wang bulanan apabila bersara dapat ditentukan.

     Jangan terlalu mengharapkan insurans perubatan dan hayat kerana ia mungkin tidak meliputi sebarang preskripsi perubatan yang anda perlukan. Oleh itu, persiapan persaraan yang mengcukupi amat perlu bagi menjamin kesejahteraan kehidupan selepas bersara.

      Wujudkan  satu akaun simpanan persaraan  bank dan mulai menabung 10% daripada gaji bulanan. Pastikan anda berdisplin  untuk menambah simpanan persaraan anda seiring dengan pertambahan pendapatan dan usia. Anda boleh mula menyimpan sebanyak 10% daripada gaji pada permulaan karier dan menambah simpanan sebanyak 1%  setiap tahun, maka pada usia 26 tahun anda sudah boleh menyimpan sebanyak 11%  daripada gaji. Pada usia 35 tahun pula, anda boleh menyimpan sehingga 20 % daripada pendapatan bulanan.

  Paling baik ialah apabila anda memperuntukkan sebahagian daripada kenaikan gaji bulanan atau bonus tahunan untuk menyimpan wang untuk persaraan. Selain menyimpan wang untuk persaraan, buat penilaian terhadap pelaburan anda bertambah mengikut pelan persaraan kelak.



Khamis, 5 Disember 2013

LCCT - JAKARTA - BANDUNG - JAKARTA - LCCT


Destinasi Pelancongan Antarabangsa yang

 PERTAMA KALINYA !!!




     Inilah destinasi antarabangsa pertama yang aku pergi. Ada rasa teruja, takut dan gembira sebelum dan sepanjang perjalanan nak ke sana. Al maklumlah aku yang incharge travelling ni so segala yang berlaku aku rasa perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Kitorang g 7 org, kawan belajar dan kwn pejabat.
    Harga tiket utk perjalanan pergi balik dapat la harga MURAH dalam RM150.00. Alhamdulillah, dapat jugak akhirnya sbb punya la payah nak beli tiket tu.Kena que punya la lama tp tkpe asalkan dapat.hehehe.Sebelum nk g sana, aku dah plan tentatif program siap-siap.Bukan apa sbb nak susun masa.

    Untuk kawan-kawan yg nk pergi sana, aku sarankan supaya korang amik 'Supir' sbb kat sana transport awam amat2 la susah tapi INGAT! dapatkanlah supir yg murah sbb dorang ni pandai gak.Nak untung lebih... selain tu,  survey siap2 tempat2 yg korang nak pergi. Contohnya, nak pergi Mangga Dua, Tangkuban Perahu, Tanah Abang dan banyak lagi. Klu nk list memang byk. Jalanraya kat Jakarta terlalu sesak dan kemungkinan besar perjalanan dari Jakarta nak Bandung ambil masa 4-5 jam tapi sebenarnya 2 jam je.
    
      Kalau nak pergi sana, aku sarankan supaya korang  bawak duit lebih. Tahu tak sebab apa??? sebab korang akan belanja banyak dan kalaulah duit RUPIAH dah habis masa tu. Pastu korang nak pergi tukar pulak masa tu korang akan ambil masa yang lama. Masa nak tukar tu dorang nak passport dan beberapa perkara yg melecehkan korang. Nanti masa korang terbuang kat situ je. Ini berdasarkan pengalaman aku je la. Mungkin kat money changer indonesia yg lain tak macam tu. Ini sekadar berkongsi je. 

    Daripada segi makanan pula, korang jangan main beli je yang kat tepi-tepi jalan  tu sebabnya kita tak pasti dengan kebersihan makanan tersebut dan tak tahu sama ada yang buat tu HALAL atau HARAM. Korang minta je kat supir tu untuk bawak pergi tempat yg biasa org Malaysia pergi. Takyah yg eksklusif pun takpe janji kebersihan terjaga dan HALAL. Orang Indonesia ni kadang2 luaran je nampak macam Islam siap pakai songkok atau kopiah tapi bila tanya dorang ni bukannya Islam. Jadi BERHATI-HATILAH yer!



KOLEKSI GAMBAR SEMASA DI INDONESIA




Kitorang menginap di homestay bukan di DAARUL JANNAH ni. Daarul Jannah ni selang beberapa rumah je dengan homestay kami. Cottages ini amat-amat unik dan keadaannya sangat selesa dgn suasana dingin mcm kat Cameron Highlands.



Yang ini barulah homestay tempat kami menginap









 Tangkuban Parahu





Tangkuban Parahu juga ni
Nampak tak yang bumbung banyak2 kat bawah tu????
yang tu deretan kedai






 Trans Studio Bandung


  









   Kembara yang amat menarik dan kami rasa nak pergi je lagi kat sana tapi nak tunggu promosi tiket dulu.
Bagi korang yang bercadang nak pergi sana bolehlah ambil tips2 apa yg aku bagi kat sini.



Rabu, 4 Disember 2013

Apa nak buat kalau terlibat dalam kemalangan????



      Kemalangan boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja di mana jua walau sejauh mana persediaan yang telah kita lakukan untuk mengelak daripada terlibat dalam kemalangan tersebut kita jika ia di takdirkan berlaku ke atas kita ia tetap akan berlaku.


    Kemalangan , terutamanya di jalan raya, akan melibatkan pelbagai perkara seperti kecedaraan diri, kerosakan kenderaan pihak ketiga dan sebagainya.

   Bagi mengelakkan daripad ditimpa tangga , saya ingin kongsikan beberapa tips.


1. LOKASI KEMALANGAN


Dapatkan butir-butir penting daripada pihak atau pihak-pihak lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut seperti  :


-    Maklumat kenderaan seperti nombor plat, tahun keluaran dan model kenderaan

-    Maklumat pemandu seperti nama, no IC, nombor lesen dan nombor telefon
-    Nama pihak insurans yang mewakili mereka


2.  DI BALAI POLIS

-    Jika tidak ada polis yg bertugas di tempat kemalangan buat laporan dalam tempoh 24 JAM
-    Jelaskan perkara yang berlaku
-   Simpan satu salinan laporan polis yang disahkan benar


3.  PIHAK INSURANS

-    Baca polisi dengan teliti dan laporkan kemalangan berlaku dalam kadar segera
-    Amaun yang difailkan mestilah tidak melebihi daripada jumlah perlindungan
-    Sekiranya kemalangan disebabkan oleh pihak lain, anda harus menghubungi pihak insurans yang
     mewakilinya. Pastikan sama ada polisi insurans yang melindunginya masih sah
-    Hubungi  secara bertulis pihak insurans yang mewakilinya, nyatakan bahawa anda telah terlibat dlm
      kemalangan  dan mahu memfailkan tuntutan terhadapnya.


Jumaat, 29 November 2013

"KALI TERAKHIR JENGUK SAYA 10 TAHUN LALU...."




Ini adalah kisah realiti yang saya cuba ketengahkan pada masyarakat supaya kita tidak menjadi anak yang lupa akan ibu bapanya. jadikan teladan...


      PENGISTIHARAN 'Settlementfor Lepersand Decrepit Persons' pada tahun 1934 berdasarkn Enakmen kusta 1926 telah meragut kebahagiaan keluarga dengan mengasingkannya di Pusat Kawalan Kusta Negara di atas tanah seluas 562 ekar di Sungai buloh, Selangor pada tahun aa1946.Namun apabila penyakit berjangkit tersebut berjaya dikawal sepenuhnya pada awal tahun 70 an dan mereka boleh kembali kpd keluarga tetapi stigma keluarga dan masyarakat menjadikan mereka yg seramai 253 org utk terus memilih tinggal di 'lembah harapan ' ini.


       
        Harun , 95 , merupakn salah seorang  penghuni yg paling lama memilih utk terus tinggal di pusat itu dan melupakn harapan untuk menghabiskan sisa hidup di sisi anak tersayang. Harapannya, biarlah semua impiannya terlaksana di akhirat kelak. "Dahulu saya hanya dapat lihat anak semasa dia lahir pada 1942.Ketika itu bapa saudara saya datang untuk kamat anak saya. Kemudian dialah yang membesarkannya, cerita Harun yang begitu sedih mengenangkan anak dan isteri yang terpaksa diasingkan dalam kehidupannya yang kian sunyi.

      "Bapa saudara juga memaksa saya menceraikan isteri dan saya pun tidak kisah dengan tindakan tersebut," jelasnya dengan mata berkaca mengingati saat dia terpaksa mentalakkan isteri dan ikatan perkahwinan yang dibina selama itu.Seingatnya, anak perempuannya kini berusia 60 tahun.Walaupun tidak dapat memanjakannya, dia bahagia dapat menunaikan tanggungjawab terakhir sebagai seorang bapa dengan menjadi wali perkahwinannya dengan seorang pegawai polis. Hasil perkahwinan tersebut, dia mempunyai dua cucu dan seorang cicit. 


    "Anak saya pernah beberapa kali datang melawat dan kali terakhir  ketika dia hendak menunaikan fardhu Haji. Itupun sudah 10 tahun yang lalu," tambahnya sayu mengenangkan betapa pertemuan mereka anak beranak selama 67 tahun tidak pernah lebih daripada 5 kali sambil membilang jari dengan sebelah tangan. Semasa datang dahulu, pernah dia ajak tinggal bersama tetapi menantu tidak cakap apa-apa. Saya faham-faham sendiri. Dia anak perempuan, suami dia yang tanggung. Takkan hendak tanggung saya... bertambah beban dia. Saya tidak mahu di sebabkan saya, mereka suami isteri bergaduh dan berpecah belah. Biarlah mereka bahagia dan saya sentiasa mendoakan agar mereka sihat dan selamat. Biarlah saya terus di sini...!' Kata Harun seperti berputus harapan sepenuhnya untuk kembali kepada kehidupan berkeluarga.


      Namun jauh disudut hati, dia reda dan berharap dirinya akan terus sabar dengan ujian ALLAH S.W.T terhadapnya sebagaimana sabarnya Nabi Ayub a.s  menghadapi  sakit kulit yang kronik dengan kudis dan nanah sehingga ditinggalkan anak dan isteri.




Selasa, 19 November 2013

PERANCANGAN UNTUK MELANCONG



Merupakan salah satu cara untuk relaks serta merehatkan badan dan minda. Ia juga membantu dalam menjalinkan hubungan yang baik dengan kawan dan ahli keluarga semasa melancong.


MENENTUKAN DESTINASI

     Tempat yang hendak dikunjungi hendaklah ditentukan mengikut kemampuan diri. Melancong dalam negara lebih murah daripada melancong di luar negara.Tambahan pula, terdapat banyak destinasi melancong yang unik dan menarik di negara kita. Jika  ingin melancong ke luar negara dengan bajet yang terhad, anda boleh pilih negara yang mempunyai kos perbelanjaan dan pertukaran mata wang yang lebih RENDAH. Tempat yang dipilih hendaklah sesuai dengan orang yang akan pergi bersama nanti.


BAJET PELANCONGAN

Bahagikan bajet kepada 4 kategori :

1. Penginapan
    Sesetengah hotel menawarkan harga istimewa jika anda membuat tempahan awal atau melalui online.
    Fahami syarat-syarat sebelum mebuat tempahan dan dapatkan komen pelancong lain yg pernah menginap
    di hotel tersebut.

2. Pengangkutan
    Anda boleh memilih jenis pengangkutan sedia ada yang paling sesuai dgn harga tiket yg berpatutan.

3. Makanan
   Anda boleh mengambil peluang utk mencuba makanan yg tidak pernah dicuba sebelum ini ketika 
   melancong tetapi perhatikan juga kebersihan kedai terlebih dahulu.

4. Hiburan
    Anda juga boleh menyimpan wang semasa melancong untuk menikmati hiburan atau aktiviti rekreasi 
    seperti melawat muzium.


     Anda perlu menyediakan sejumlah wang untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku
semasa melancong. Contohnya, anda mengidap penyakit atau ditimpa kemalangan yang memerlukan anda mengeluarkan jumlah perbelanjaan yang agak besar untuk kos rawatan. Jika anda mempunyai kad kredit, anda boleh menggunakannya semasa kecemasan.

     Terdapat sesetengah agensi pelancongan atau syarikat penerbangan yang menawarkan perlindungan insurans untuk menjamin keselamatan semasa melancong.

Ahad, 17 November 2013

FADHILAT SOLAT DHUHA



Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:

“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :

“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)


Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).

Sabtu, 16 November 2013

BERSENAM DI TASIK DATUK KERAMAT

JOM ISI MASA LAPANG



     Hari ni takde benda nak buat, nak pergi gym pun tak boleh  sbb ladies gym yg selalu aku pergi tu tutup setiap hujung minggu. Huurrrmmm.... at last aku decide nak berjogging kat tasik yg dekat dengan rumah aku tu je. Dengan tak awal mana la aku keluar rumah..hehehe dala
m jam 7.30 pagi aku pergi kat tasik tu. Memang ramai yg dah ada kat sana, bersemangat la aku nk berjogging.
    
     Mula-mula tu warm up pastu lari setempat dan mula la berjalan perlahan-lahan mengelilingi tasik tu. Jalan pun tak setakat 2 round je...jadi leerrr...hehehe Masa yg ditunggu-tunggu, skipping time!!!!Semangat memang semangat tapi baru bape minit je main dgn tali skipping tu dah ponat...tapi memang menyeronokkan la sbb yer dah lama nak main benda ni tapi takde kesempatan je. Tali skipping ni tak bape sesuai la sbb tali dia pendek. Nak kena cari yang panjang skit, nt nak cari kat kedai alat sukan la. Tali yg ni aku beli kat Mydin je tu yg pendek utk kanak-kanak bolehlah.




Inilah alat sukan aku 
(Kasut sukan dan Tali Skipping)



     Dah penat bersenam, jom balik... Puas dah berpeluh... Apa yg penting bersenam di Gym dgn Outdoor sgt2 la berbeza. Aku lebih senang bersenam kat gym sbb dalam gym tu semua perempuan tapi klu outdoor agak segan skit ramai orang lelaki.

MAJLIS KEPUTERAAN KDYMM SULTAN MUHAMMAD V



MAJLIS SANTAPAN MALAM
THE ROYALE CHULAN  KUALA LUMPUR HOTEL

     Kali ni aku dijemput untuk hadir ke majlis ni. Dah lama juga la aku tak g majlis camni.Bukan mudah nak dapat peluang pergi majlis macamni.
     Kitorang pergi hotel ni naik motor je...hehehe bukan apa, ktrg kena ada kat tempat kejadian pukul 8 malam.Time tu memang waktu kemuncak org balik keja.Memang sgt2 jam, so aku decide utk naik motor Kima je. Dia pun sempoi je, redah je la ea..hehe Thanks sgt2 kat Kima sbb sudi amik aku kat umah.Jalan nk g tempat kejadian tu aku tak bape nak tau tapi alhamdulillah ALLAH S.W.T memudahkan perjalanan kami.Dalam 15 minit gitu la ktrg sampai.
     Sampai2 kat sana, aku rasa kerdil je.Terasing di bumi sendiri. Napa aku cakap camtu? sbb semua yg hadir tu org2 yg berjawatan besar dan berpangkat. Macam tak sesuai je pergi.huhuhu. Redah je la. Lelaki berpakaian formal siap blazer lagi, yg perempuan pula pakai baju kurung dan ada yg pakai dress.


Di antara gambar2 yg sempat aku snap



Meja nombor 21 adalah meja makan kami
ada beberapa lagi orang yg satu meja dgn kami tapi tak sempat nk berkenalan



 Inilah Cik Kima





Menu  makanan  'Chinese Style'
Memang TERBAIK !!!





Ini menu yang pertama
Nampak tak ketam tu ???
Yang macam bihun tu dlmnya ada bebola
Memang sedap


 KDYMM SULTAN MUHAMMAD V





Dah kenyang...apalagi jom balik !!!!

Selasa, 12 November 2013

HO CHI MINH



PENGALAMAN YANG AMAT BERMAKNA !

Memang seronok apabila kita pergi melawat negara orag. Berbagai pengalaman yang akan kita timba contohnya macam budaya, ekonomi, sikap dan banyak lagi. Kisah ni bermula apabila aku menempah 4 tiket untuk emak, abah, kak nana dan aku pada bulan Januari 2013 (awal tahun) sebab masa tu ada tiket murah AIRASIA. Niat untuk bawak mak dan abah keluar negara akhirnya tercapai. ALHAMDULILLAH !

Daripada riak wajah aku tahu mak abah 'excited' masa nak pergi cumanya kesian kat abah yang tak larat nak jalan jauh. Terpaksalah jalan perlahan tapi takpe sebab perasaan teruja pergi Vietnam melebihi sakit kaki..hehehe...

     Untuk kawan2 yang ada merancang nak pergi Ho Chi Minh, aku nasihatkan supaya buat SURVEY terlebih dahulu..Alaaa baca blog orang yang cerita pasal pergi sana dan jgn lupa tanya la kat sapa2 yg dah pernah pergi sana supaya korang dah ready dengan kemungkinan2 yg boleh berlaku.Contohnya, kedudukan hotel, lokasi makanan HALAL dan tempat2 yg menarik utk korang lawat nanti.

   
     Untuk pengetahuan korang, jarak hotel yg kitorang duduk tu agak jauh dengan Pasar Ben Thanh dan makanan HALAL. Jadi setiap kali nak makan kitorang terpaksa la jalan jauh skit, ada la dalam 10 minit. Kesian kat mak dan abah sebab terpaksa jalan jauh2..sorry mak abah... =(

     Di Ho Chi Minh ni kawasan bandar, ramai orang dan banyak kemudahan awam cthnya bas dan teksi. Beca pun ada tapi aku nasihat kat korang supaya JANGAN guna khidmat beca sbb korang mungkin akan ditipu oleh si Penarik Beca ni. Ala aku dulu pun pernah kena tipu dgn Penarik Beca tapi kat Melaka la. Cukuplah kena tipu masa tu, kalau boleh aku tak nak tgk org lain kena tipu pulak. =) Selain dari tu, tempat2 menarik kat sana tak jauh antara satu sama lain.


Gambar untuk dikongsikan bersama



Yg ni tak pasti apa nama dia tp merupakan salah satu shopping complex
Rekabentuk yang unik dan bangunan yg agak besar



Muzium Ho Chi Minh




 Haa...yang menarik gak SAIGON RIVER
Kitorang pergi sini jalan kaki je sbb dari hotel 5 minit je
tapi nak melintas....punya laa payah sbb kenderaan kat sana bersimpang siur



 Dataran Ho Chi Minh
Nampak tak patung tu...
haaaa itulah Ho Chi Minh
Nama HCM diambil sempena nama dia



Ni kat muzium Ho Chi Minh jgk...
   
   
     Kalau korang nak tahu, hotel-hotel kat sini takkan benarkan korang masuk bilik melebihi jumlah yg korang booking. Contohnya camni, korang booking bilik utk 2 org je tapi yg nak masuk 4 org...Memang susah la tapi korang kena la pandai2 nk masuk.Jgn masuk sekali 4 org tapi sebaliknya masa check in tu korang masuk 2 org je dulu pastu 2 lagi masuk kemudian...hehehe.. bukan, rata-rata orang kita nak spend duit utk shopping bukannya utk hotel.


       Memang puas hati pergi sana. Sampai kat Malaysia, tanya mak dan abah...camne mak abah seronok tak?Abah ngan mak kata rasa macam nak pergi lagi...hehehe

InsyaALLAH kalau ada rezeki kita melancong tempat lain pula.

 




Isnin, 10 Jun 2013

CARILAH MUTIARA DALAM DIRI



1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.


Selasa, 4 Jun 2013

D.I.Y VEIL BERTUNANG


Saya pasti kawan-kawan diluar sana semua tahu bahawa VEIL yg siap dijual dipasaran adalah mahal. 
Sedikit sebanyak ianya akan memberi kesan pada kite terutamanya pada kos. Bila kita rancang utk buat sesuatu majlis tak kisahlah Majlis Bertunang ataupun Majlis Nikah pasti kita cuba utk meminimumkan kos kan? Jadi salah satu caranya adalah dgn membuat & merekacipta veil sendiri...


Saya bercerita berdasarkan pengalaman yg telah saya lalui dan saya harap sedikit sebanyak dpt membantu kwn2 diluar sana. Veil ni saya buat utk majlis pertunangan saya pada 25 Mei 2013 baru-baru ni.


Bahan-bahan yg perlu ada  :
1. Kain Ciffon 1 meter atau 1 1/2 meter klu nk buat panjang (yg ni boleh dapat kat kedai Jakel harganya    
    sekitar RM18.00 utk 1 Meter)
2. Manik-manik
    - Pearl (Saiz Besar)
    - Manik warna warni (campur2 saiz)
3. Bunga Fabrik (mcm2 jenis bunga ada benda ni blh dapat kat kedai alat pengantin/ Kedai Bunga Reben)
4. Gam Fabrik (utk lekatkan bunga fabrik tadi tp klu tk nk guna gam blh jahit)
5. Lace utk letak atas kepala (Boleh dapat kat Kedai Bunga Reben jugak)


Cara nak buat :
1. Mula2 korang potong kain ciffon tu ikut bentuk D tp bergantung atas kreativiti korang la..klu nk panjang     
     potong la bentuk D tu memanjang.
2. Pastu jahit tepi kain ciffon td kat kedai jahit (jahit tepi RM 3.00)
3. Pas dah jahit korang letak lace yg dah beli td atas kepala tp ukur la dulu kat kepala then tanda ngan peniti 
    supaya kedudukan sementara nk jahit tu tak lari.
4. Bila dah siap jahit lace...jahit lak manik2 yg dah beli tadi.yg ni pon ikut cara korang la..korang suka camne 
     buat la camtu..
5. Bunga fabrik tu letak la jarak...nampak la bertabur skit..
6. Nanti bila dah siap mesti lawa


Untuk pengetahuan korang kos saya wat veil ni tak byk pon

PENGIRAAN KOS D.I.Y VEIL

Kain Chiffon                      1 1/2 meter            RM 27.00
Manik-manik                      1 Paket                 RM 11.00
Bunga Fabrik                      1 Paket                 RM 5.00
Gam Fabrik                         1 Botol                 RM 14.00
Jahit Tepi                                                         RM 3.00
Lace                                   1 Meter                 RM 18.00

JUMLAH KESELURUHAN                           RM 78.00




Saya tak sempat nak tangkap gambar VEIL tapi inilah VEIL yg saya buat tu...


SELAMAT MENCUBA !


Isnin, 3 Jun 2013

TURUN NAIKNYA SEBUAH KEHIDUPAN

Hidup adalah sebuah perjuangan, perjuangan yang menuntut sebuah keberanian seseorang. Jatuh bangun, suka duka bergaul mesra dalam sebuah bekas kehidupan. Semua tu, mematangkan kita dan merupakan pengajaran serta panduan buat diri kita.

     Bila kurang motivasi dalam diri kita akan menjadi lemah dan mudah mempertikaikan takdir yang sudah ditulis buat diri kita semua. Sebab itulah kita perlu sentiasa dekatkan diri pada ALLAH S.W.T tuhan pemilik alam ini. Aku juga tidak lari daripada membuat kesilapan, adakala diri jatuh adakala hanya mampu bgn dgn keadaan yg tidak serba kukuh. Mengharapkan suria pagi supaya terus ada dan tindak meninggalkan aku hingga aku terlupa akan keindahan matahari terbenam. Tiap yg berlaku pasti ada hikmahnya itulah kata-kata yg mampu aku pahatkan dlm minda ini supaya aku terus bermotivasi.

     Hidup ini indah dan keindahan itulah yang perlu kita pertahankan, bajai dan jaga sebaik-baiknya....


SEKADAR CORETAN KEHIDUPAN....

NOUR AIN

PRODUK NOUR AIN


1 SET RM100.00
Penghantaran percuma

SET BASIC NOUR AIN (RM100.00)
a)Toner
b)Serum
c)Krim malam 5g
d)Krim Siang 10g
e)Beauty Soap

CUBALAH NOUR AIN SKIN CARE!






Ahad, 2 Jun 2013

COLLAGEN PLUS VIT E




PROMOSI COLLAGEN PLUS VIT E

Harga RM 30.00 sahaja
Penghantaran PERCUMA!!!!

KEBAIKAN PRODUK INI  :
1. Memutihkan kulit wajah
2. Menaikkan seri wajah
3. Menghilangkan bintik-bintik hitam, parut jerawat dan jeragat
4. Mengecilkan liang pori-pori
5. Menganjalkan Kulit wajah 

DAPATKAN SEGERA!!!!!



GABRA OH GABRA

"Gabra Punya Pasal"
aku dengar cita ni dari mak aku…kat baling ada satu famili...

famili tu ada ayah n mak mertua, anak dan menantu serta cucu.satu
hari, tengah sedang menantu lelakinya tgk tv, ayah nyer lalu
depan dia.tiba2 ayah mertuanyer rebah depan dia sambil pegang
dada..kelam kabut dia ..pastu bini mak mertua dia pun datang
terkam..semua terkejut..semua dh gabra..sambil pegang2 dada...

ayah mertua dia pengsan..tk sedar..pastu macam sedar tk sedar
..menantu tadi gabra..mak mentua dia suruh dia ajar mengucap
kat bapak dia tu sebab dia ribakan.dia gabra jugak...pastu
bini dia pun surh sambil tolak2 bahu...mak dia suruh lagi...dh
gabra sgt, dia pun buat..dia letak kt telinga ayah mertua dia
dan dia pun cakap...

"MA ROBBUKA...."""terkejut bini n mak mertua dia..tiba2 ayah
mertua dia sedar dan terus sound..

"OII..AKU TK MATI LAGI DEYY...'""sambil ayah mertua dia tu
urut2 dada dia..sepatutnya dia ajar mengucap, gabra punya pasal

..dia dah jadi malaikat..