Kita sering menghadapi masalah untuk menabung setiap bulan kerana gagal mengawal nafsu untuk berbelanja bila tiba hari gaji. Walaupun kita tahu kepentingannya dan kebaikan menabung tetapi rancangan untuk menabung tergendala. Bagaimana nak menabung ??? Di sini saya berikan beberapa tips.Selamat mencuba!
1.
Rekod trend aliran kewangan
Anda tidak perlu kaya raya untuk menabung.
Sebenarnya menabung itu sangat mudah, asalkan perbelanjaan anda lebih kecil
daripada pendapatan. Sebelum anda memutuskan untuk berjimat perbelanjaan
tertentu, anda harus tahu trend perbelanjaan anda setiap bulan.Oleh itu, mulai
bulan hadapan, catat perbelanjaan harian, mingguan dan bulanan. Gunakan buku
kecil yang mudah di bawa ke mana-mana. Secara tidak langsung anda dapat melihat
trend perbelanjaan anda setiap hari.Sisihkan wang di awal bulan, cara ini anda
dapat menyimpan lebih banyak wang. Tentukan tarikh untuk anda menabung setiap
bulan dan patuhi tarikh itu agar anda tidak tersasar. Gunakan kaedah potongan
berjadual agar anda lebih berdisiplin.
2. Utamakan Bayar semua hutang
Selesaikan semua jenis hutang setiap bulan
seperti ansuran kereta, rumah dan sebagainya. Jika anda ada hutang kad kredit,
cuba selesaikannya secepat mungkin. Jangan hanya membayar minimum sahaja kerana
ia menggalakkan lagi peningkatan faedah setiap bulan.Jika hutang telah
dilunaskan, lebih mudah untuk merancang tabungan setiap bulan. Kemudian apabila
kebiasaan menabung anda sudah berjalan dengan agak baik, maka mulalah untuk
tetap berusaha menabung secara konsisten setiap bulan. Apabila berjaya
mendisiplinkan diri untuk menabung, selanjutnya motivasi diri anda untuk
meningkatkan nilai jumlah tabungan untuk setiap bulan.Banyak motivasi yang
dapat digunakan dalam hal ini, misalnya seperti persediaan untuk bercuti, ingin
membeli barang kemas dan sebagainya. Namun masih banyak jenis motivasi lain
yang boleh dijadikan 'semangat' untuk anda terus menambah tabungan.Bahagikan
tabungan anda kepada pecahan tertentu seperti wang tabungan yang boleh
'disentuh' dan wang tabungan 'beku' iaitu wang yang tidak boleh
disentuh. Ia bagi mengelakkan anda daripada menghabiskan wang tabungan yang
telah disimpan sekian lama. Jika wang tabungan tidak dibuat pecahan sedemikian,
tidak mustahil ia akan habis begitu sahaja. Maka akan sia-sialah usaha anda
selama ini untuk menabung.
3.
Simpan wang bonus/dividen
Jika anda mendapat bonus, asingkan secepat
mungkin jumlah wang yang ingin anda simpan. Bukan tidak boleh berbelanja tetapi
jadikan amalan agar segera mengasingkan wang bonus yang diperoleh supaya ia
tidak habis tanpa anda sedari.Tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang gagal
menguruskan kewangan mereka terutama ketika mendapat bonus sehingga ada yang
langsung tidak menyimpan walau sedikit pun. Jangan begitu, didik dan tanamkan
dalam diri anda untuk menyimpan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada wang
bonus yang anda peroleh. Jika anda menyimpan lebih banyak, ia lebih baik. Bukan
untuk orang lain pun, untuk diri anda juga.
4.
Buka akaun bank tanpa kad
Seelok-eloknya buka akaun bank lain bagi
mengumpul wang simpanan anda setiap bulan. Jangan campurkan wang simpanan anda
dengan akaun bank gaji anda kerana ia tidak 'menampakkan' wang yang anda
simpan.Lebih baik wang simpanan anda ini disimpan di dalam akaun yang
berasingan kerana cara itu, wang tabungan akan lebih terpelihara selain mudah
untuk anda memeriksa jumlah wang yang telah anda simpan.
5.
Akaun dilupakan
Buat simpanan di dalam akaun ini dan jangan sentuh atau membuat pengeluaran.Lupakan akaun ini untuk tujuan simpanan. Langkah ini lebih selamat!
6. Duit KUTU
Buat simpanan di dalam akaun ini dan jangan sentuh atau membuat pengeluaran.Lupakan akaun ini untuk tujuan simpanan. Langkah ini lebih selamat!
6. Duit KUTU
Amalan main duit KUTU ini juga sangat bagus.Buat kumpulan kecil untuk main duit KUTU. Tapi ingat klu nak main duit KUTU ni kena cari geng yg anda percaya!
7. Tabung 'DAUN HIJAU'
Tabung 'Daun Hijau' ni merujuk kepada duit RM5 yang berwarna hijau. Nilainya yg tidak terlalu rendah dan tidak terlalu tinggi. Cubalah, pasti anda akan suka dgn cara ni. =)
Amalan menabung sebenarnya memerlukan
kekuatan pada diri anda sendiri. Jika anda tidak kuat menepis dugaan-dugaan untuk
berbelanja nescaya niat untuk menabung akan terkubur begitu sahaja.Oleh itu,
apa yang boleh anda lakukan ialah sentiasa sematkan dalam hati anda untuk terus
menabung demi masa depan. Kita tidak tahu bagaimana masa hadapan kita nanti.
Mungkin ketika ini hidup kita dilimpahi dengan kemewahan. Oleh itu, jangan
sesekali anda leka kerana kealpaan untuk menabung akan menyebabkan anda merana
apabila ditimpa musibah. Kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan