WELCOME

WELCOME

Khamis, 5 Disember 2013

LCCT - JAKARTA - BANDUNG - JAKARTA - LCCT


Destinasi Pelancongan Antarabangsa yang

 PERTAMA KALINYA !!!




     Inilah destinasi antarabangsa pertama yang aku pergi. Ada rasa teruja, takut dan gembira sebelum dan sepanjang perjalanan nak ke sana. Al maklumlah aku yang incharge travelling ni so segala yang berlaku aku rasa perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Kitorang g 7 org, kawan belajar dan kwn pejabat.
    Harga tiket utk perjalanan pergi balik dapat la harga MURAH dalam RM150.00. Alhamdulillah, dapat jugak akhirnya sbb punya la payah nak beli tiket tu.Kena que punya la lama tp tkpe asalkan dapat.hehehe.Sebelum nk g sana, aku dah plan tentatif program siap-siap.Bukan apa sbb nak susun masa.

    Untuk kawan-kawan yg nk pergi sana, aku sarankan supaya korang amik 'Supir' sbb kat sana transport awam amat2 la susah tapi INGAT! dapatkanlah supir yg murah sbb dorang ni pandai gak.Nak untung lebih... selain tu,  survey siap2 tempat2 yg korang nak pergi. Contohnya, nak pergi Mangga Dua, Tangkuban Perahu, Tanah Abang dan banyak lagi. Klu nk list memang byk. Jalanraya kat Jakarta terlalu sesak dan kemungkinan besar perjalanan dari Jakarta nak Bandung ambil masa 4-5 jam tapi sebenarnya 2 jam je.
    
      Kalau nak pergi sana, aku sarankan supaya korang  bawak duit lebih. Tahu tak sebab apa??? sebab korang akan belanja banyak dan kalaulah duit RUPIAH dah habis masa tu. Pastu korang nak pergi tukar pulak masa tu korang akan ambil masa yang lama. Masa nak tukar tu dorang nak passport dan beberapa perkara yg melecehkan korang. Nanti masa korang terbuang kat situ je. Ini berdasarkan pengalaman aku je la. Mungkin kat money changer indonesia yg lain tak macam tu. Ini sekadar berkongsi je. 

    Daripada segi makanan pula, korang jangan main beli je yang kat tepi-tepi jalan  tu sebabnya kita tak pasti dengan kebersihan makanan tersebut dan tak tahu sama ada yang buat tu HALAL atau HARAM. Korang minta je kat supir tu untuk bawak pergi tempat yg biasa org Malaysia pergi. Takyah yg eksklusif pun takpe janji kebersihan terjaga dan HALAL. Orang Indonesia ni kadang2 luaran je nampak macam Islam siap pakai songkok atau kopiah tapi bila tanya dorang ni bukannya Islam. Jadi BERHATI-HATILAH yer!



KOLEKSI GAMBAR SEMASA DI INDONESIA




Kitorang menginap di homestay bukan di DAARUL JANNAH ni. Daarul Jannah ni selang beberapa rumah je dengan homestay kami. Cottages ini amat-amat unik dan keadaannya sangat selesa dgn suasana dingin mcm kat Cameron Highlands.



Yang ini barulah homestay tempat kami menginap









 Tangkuban Parahu





Tangkuban Parahu juga ni
Nampak tak yang bumbung banyak2 kat bawah tu????
yang tu deretan kedai






 Trans Studio Bandung


  









   Kembara yang amat menarik dan kami rasa nak pergi je lagi kat sana tapi nak tunggu promosi tiket dulu.
Bagi korang yang bercadang nak pergi sana bolehlah ambil tips2 apa yg aku bagi kat sini.



2 ulasan: