PENGALAMAN YANG AMAT BERMAKNA !
Memang seronok apabila kita pergi melawat negara orag. Berbagai pengalaman yang akan kita timba contohnya macam budaya, ekonomi, sikap dan banyak lagi. Kisah ni bermula apabila aku menempah 4 tiket untuk emak, abah, kak nana dan aku pada bulan Januari 2013 (awal tahun) sebab masa tu ada tiket murah AIRASIA. Niat untuk bawak mak dan abah keluar negara akhirnya tercapai. ALHAMDULILLAH !
Daripada riak wajah aku tahu mak abah 'excited' masa nak pergi cumanya kesian kat abah yang tak larat nak jalan jauh. Terpaksalah jalan perlahan tapi takpe sebab perasaan teruja pergi Vietnam melebihi sakit kaki..hehehe...
Untuk kawan2 yang ada merancang nak pergi Ho Chi Minh, aku nasihatkan supaya buat SURVEY terlebih dahulu..Alaaa baca blog orang yang cerita pasal pergi sana dan jgn lupa tanya la kat sapa2 yg dah pernah pergi sana supaya korang dah ready dengan kemungkinan2 yg boleh berlaku.Contohnya, kedudukan hotel, lokasi makanan HALAL dan tempat2 yg menarik utk korang lawat nanti.
Untuk pengetahuan korang, jarak hotel yg kitorang duduk tu agak jauh dengan Pasar Ben Thanh dan makanan HALAL. Jadi setiap kali nak makan kitorang terpaksa la jalan jauh skit, ada la dalam 10 minit. Kesian kat mak dan abah sebab terpaksa jalan jauh2..sorry mak abah... =(
Di Ho Chi Minh ni kawasan bandar, ramai orang dan banyak kemudahan awam cthnya bas dan teksi. Beca pun ada tapi aku nasihat kat korang supaya JANGAN guna khidmat beca sbb korang mungkin akan ditipu oleh si Penarik Beca ni. Ala aku dulu pun pernah kena tipu dgn Penarik Beca tapi kat Melaka la. Cukuplah kena tipu masa tu, kalau boleh aku tak nak tgk org lain kena tipu pulak. =) Selain dari tu, tempat2 menarik kat sana tak jauh antara satu sama lain.
Gambar untuk dikongsikan bersama
Yg ni tak pasti apa nama dia tp merupakan salah satu shopping complex
Rekabentuk yang unik dan bangunan yg agak besar
Muzium Ho Chi Minh
Haa...yang menarik gak SAIGON RIVER
Kitorang pergi sini jalan kaki je sbb dari hotel 5 minit je
tapi nak melintas....punya laa payah sbb kenderaan kat sana bersimpang siur
Dataran Ho Chi Minh
Nampak tak patung tu...
haaaa itulah Ho Chi Minh
Nama HCM diambil sempena nama dia
Ni kat muzium Ho Chi Minh jgk...
Kalau korang nak tahu, hotel-hotel kat sini takkan benarkan korang masuk bilik melebihi jumlah yg korang booking. Contohnya camni, korang booking bilik utk 2 org je tapi yg nak masuk 4 org...Memang susah la tapi korang kena la pandai2 nk masuk.Jgn masuk sekali 4 org tapi sebaliknya masa check in tu korang masuk 2 org je dulu pastu 2 lagi masuk kemudian...hehehe.. bukan, rata-rata orang kita nak spend duit utk shopping bukannya utk hotel.
Memang puas hati pergi sana. Sampai kat Malaysia, tanya mak dan abah...camne mak abah seronok tak?Abah ngan mak kata rasa macam nak pergi lagi...hehehe
InsyaALLAH kalau ada rezeki kita melancong tempat lain pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan