WELCOME

WELCOME

Rabu, 4 Disember 2013

Apa nak buat kalau terlibat dalam kemalangan????



      Kemalangan boleh berlaku ke atas sesiapa sahaja di mana jua walau sejauh mana persediaan yang telah kita lakukan untuk mengelak daripada terlibat dalam kemalangan tersebut kita jika ia di takdirkan berlaku ke atas kita ia tetap akan berlaku.


    Kemalangan , terutamanya di jalan raya, akan melibatkan pelbagai perkara seperti kecedaraan diri, kerosakan kenderaan pihak ketiga dan sebagainya.

   Bagi mengelakkan daripad ditimpa tangga , saya ingin kongsikan beberapa tips.


1. LOKASI KEMALANGAN


Dapatkan butir-butir penting daripada pihak atau pihak-pihak lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut seperti  :


-    Maklumat kenderaan seperti nombor plat, tahun keluaran dan model kenderaan

-    Maklumat pemandu seperti nama, no IC, nombor lesen dan nombor telefon
-    Nama pihak insurans yang mewakili mereka


2.  DI BALAI POLIS

-    Jika tidak ada polis yg bertugas di tempat kemalangan buat laporan dalam tempoh 24 JAM
-    Jelaskan perkara yang berlaku
-   Simpan satu salinan laporan polis yang disahkan benar


3.  PIHAK INSURANS

-    Baca polisi dengan teliti dan laporkan kemalangan berlaku dalam kadar segera
-    Amaun yang difailkan mestilah tidak melebihi daripada jumlah perlindungan
-    Sekiranya kemalangan disebabkan oleh pihak lain, anda harus menghubungi pihak insurans yang
     mewakilinya. Pastikan sama ada polisi insurans yang melindunginya masih sah
-    Hubungi  secara bertulis pihak insurans yang mewakilinya, nyatakan bahawa anda telah terlibat dlm
      kemalangan  dan mahu memfailkan tuntutan terhadapnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan