WELCOME

WELCOME

Selasa, 2 Ogos 2016

MENGANDUNG ANAK KE-2

        Alhamdulillah, mengandung anak ke-2. Sekarang masuk minggu ke-16 (4 bulan), perut pun dah makin nampak, nafas pun cukup tak cukup je ni, tak boleh berdiri lama dan rasa nak mengunyah ajer ni. Dah 2 3 kali nak pitam, yg terbaru ni tetiba ajer tak blh nak bernafas, badan dah berpeluh-peluh, pandangan pun gelap. Kejadian ni berlaku masa beratur nak bayar barang kat Mydin Selayang, masa tu saya dan anak jer sbb suami naik tingkat atas ambil lampin pakai buang anak. Walaupun masa tu dah gelap tp ingat lagi anak sbb takut klu pitam nanti anak mcmana. Otak dah pikir bukan-bukan masa tu, dalam keadaan nak pitam tu, sy tolak troli yg berisi barang dan anak ke tepi. Memang dah gelap sgt dunia masa tu, terus duduk kat celah lorong-lorong barang. Alhamdulillah, masa nak duduk tu suami pun sampai. Dia pun dah panik tengok keadaan isteri dia sbb sebelum tu tak ada tanda-tanda pun nak pitam ke apa, ok je sihat.hehe. Benda nak jadi kan...

       Mengandungkan anak kedua ni rasa lain sikit dari yang sulung. Memang tak boleh berdiri lama, tak boleh pergi tempat sesak, nak gosok baju sendiri pun kadang-kadang dah rasa lain macam. =(
Tapi mabuk atau alahan bau macam org lain takde. Lain sikit fesyen dari orang lain.hehehe. Pengalaman bersalinkan anak sulung dulu sedih + kecewa sbb lain. Sampai sekarang selalu teringat ingat. Bukan nak mengungkit atau seumpamanya. Masa mengandung dulu bagitahu kat 'dia' supaya tlg jaga saya dalam masa seminggu, 'dia' berniaga kecil-kecilan (jual makanan sarapan). Saya faham yg dia tak boleh cuti niaga lama-lama. Hari pertama keluar hospital, kami terus ambil dia di kedai sbb dah maklumkan yang keluar hari tu. Sepanjang perjalanan tu dia asyik merungut sebab perniagaan tak bagus, itu dah ini, semuanya berkisarkan perniagaan. Entahlah agaknya masa tu saya lemah sbb baru bersalin. Mungkin dia nampak saya macam kuat tapi apa-apa pun sy memang kena kuat, saya tak suka tunjuk saya sakit. Sampailah ke malam perkara yg sama diperkatakan. Jadi, saya rasa ada perkara yang dia nak sampaikan sebenarnya. Saya ambil keputusan untuk benarkan dia pulang, biarlah dia berniaga untuk teruskan majukan perniagaannya tu. 

     Dalam keluarga blh dikatakan saya yang banyak membantu dari pelbagai segi, bukan niat nak mengungkit atau apa-apa tapi bila saya dalam keadaan yang memerlukan bantuan tak ada seorang pun sudi hulurkan bantuan. Bukan duit yang saya perlukan tapi .... erm...entahlah...hingga ke hari ini saya selalu teringat tentang perkara ni. Jadi untuk bersalin anak kedua ni, saya perlu rancang nak berpantang macamana, kat  mana dan banyak lagi. Pengajaran buat saya supaya tak mengharapkan orang untuk datang membantu sbb akhirnya kami yang kecewa. Maaf kerana meluahkan secebis rasa yang terbuku dan terpendam di hati.


     Buatlah baik berpada-pada supaya tak kecewa di suatu masa nanti. Buat baik kerana ALLAH S.W.T .  Mungkin bukan orang yang kita buat baik tu yang balas tapi  ALLAH S.W.T akan beri kemudahan dari segi atau jalan lain. Yakinlah dengan janji ALLAH S.W.T.