Untuk korang diluar sana yg teringin nak hasilkan tasbih sendiri, korang boleh cuba praktikkan apa yg chah dah cuba buat. Kos utk hasilkan tasbih sgt rendah dan korang boleh hasilkan utk dijadikan sebagai cenderamata ataupun berniaga. Chah pun taklah mahir sangat tapi sekadar berkongsi ilmu tu bolehlah.
Bahan-bahan utk buat tasbih sgt mudah didapati cthnya korang boleh cari manik-manik yang berwarna-warni di Kedai Sin Yin (Kedai barang pengantin kat Semua House, Masjid India), hardware dan Pusat borong Chow kit. Klu beli byk boleh dapat harga yg lebih murah.
Okey sekarang kita cerita pasal bahan-bahan nak buat tasbih yer =)
Bahan-bahan :
1. Manik-manik yang pelbagai warna
- korang belilah byk warna sbb tasbih tu
nampak lebih cantik. Klu korang nak buat
1warna je pun tak salah, semuanya tserah
pada korang.
2. Tali tangsi
- Tali ni korang boleh beli kat kedai DIY
ataupun mana-mana kedai hardware
3. Playar kecil
- Kegunaannya utk kepit ring
4. Ring
- Utk sambungkan antara tasbih dgn tasse.
Ring ni boleh beli kat GM Chow kit
Harga dalam RM6 je (sepeket)
5. Tassel
- Mesti korang tertanya-tanya apa itu Tassel, kan? kan? hehehe Tassel tu jambul tasbih. Ada byk warna tau,beli kat GM Chow kit harga RM0.30 (per pcs)
JOM PROSES BAHAN-BAHAN TADI : =)
1. Masukkan manik-manik ( 33 biji ). Korang boleh buat 9 X 3 maksudnya. 9 biji warna lain diselangi dgn 3 biji warna yg berbeza
2. Bila dah cukup 33 biji.Ikat tali tangsi dgn kemas. Pastikan tidak terlalu longgar dan tak terlalu ketat sbb nanti nak guna tasbih tu susah.Kalau longgar pun tak bp ok sbb nt nmpk tak kemas.
3. Kemudian, masukkan ring pada tali tangsi yang diikat tadi. Pastu, masukkan tassel pada ring tu.
4. Dah selesai!!!
Inilah hasilnya!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan