WELCOME

WELCOME

Selasa, 18 November 2014

DIY TASBIH CINTA UNTUK MAJLIS RESEPSI


Untuk korang diluar sana yg teringin nak hasilkan tasbih  sendiri, korang boleh cuba praktikkan apa yg chah dah cuba buat. Kos utk hasilkan tasbih sgt rendah dan korang boleh hasilkan utk dijadikan sebagai cenderamata ataupun berniaga. Chah pun taklah mahir sangat tapi sekadar berkongsi ilmu tu bolehlah.


    Bahan-bahan utk buat tasbih sgt mudah didapati cthnya korang boleh cari manik-manik yang berwarna-warni di Kedai Sin Yin (Kedai barang pengantin kat Semua House, Masjid India), hardware dan Pusat borong Chow kit. Klu beli byk boleh dapat harga yg lebih murah.


   Okey sekarang kita cerita pasal bahan-bahan nak buat tasbih yer =)


Bahan-bahan :
1. Manik-manik yang pelbagai warna
   - korang belilah byk warna sbb tasbih tu 
     nampak lebih cantik. Klu korang nak buat
     1warna je pun tak salah, semuanya tserah
     pada korang.







2. Tali tangsi 
   - Tali ni korang boleh beli kat kedai DIY 
     ataupun mana-mana kedai hardware




3. Playar kecil
   - Kegunaannya utk kepit ring 


4. Ring
   -  Utk sambungkan antara tasbih dgn tasse.
      Ring ni boleh beli kat GM Chow kit
      Harga dalam RM6 je (sepeket)




5. Tassel
   - Mesti korang tertanya-tanya apa itu          Tassel, kan? kan? hehehe Tassel tu            jambul tasbih. Ada byk warna tau,beli         kat GM Chow kit harga RM0.30 (per pcs)



JOM PROSES BAHAN-BAHAN TADI : =)

1. Masukkan manik-manik ( 33 biji ). Korang      boleh buat 9 X 3 maksudnya. 9 biji warna      lain diselangi dgn 3 biji warna yg berbeza


2. Bila dah cukup 33 biji.Ikat tali tangsi      dgn kemas. Pastikan tidak terlalu longgar    dan tak terlalu ketat sbb nanti nak guna      tasbih tu susah.Kalau longgar pun tak bp      ok sbb nt nmpk tak kemas.


3. Kemudian, masukkan ring pada tali tangsi      yang diikat tadi. Pastu, masukkan tassel      pada ring tu.

4. Dah selesai!!! 



Inilah hasilnya!!! 





SELAMAT MENCUBA!!!


DIY BUNGA KONVOKESYEN



BAHAN-BAHAN :
1.  BUNGA SEGAR
     sekuntum bunga                               RM2.00 je (murahkan???semua jenis bunga tau)


2. PEMBALUT PLASTIK
    Harga sehelai                                    RM2.50
    Chah beli 2  helai sbb nak bagi nampak lebih cantik


3. Ferrero                                               RM 11.90



4.  Reben                                                RM5.00 (Ready made)





CARA-CARA
1. Mula korang susun bunga-bunga yang korang dah beli tu, cara susunan terserah atas korang.
    Asalkan nampak cantik. Coklat ferrero tu korang cucuk dgn lidi & balut dgn kain net =)




2. Ikat atau selotape bunga-bunga tu supaya tak lari daripada susunan tadi. Dihujung tu, letak span /       tisu yang dah dibasahkan dgn air.


3. Bila dah siap korang balut dgn  pembalut plastik


4. Bila dah balut korang ikat la dgn reben










simple je, sori sgt2 sbb gambar masa buat bunga ni terlupa nak tangkap. Yang ada hanya gambar dah siap.Harap korang boleh bayangkanlah apa yg chah cuba terangkan.



Khamis, 13 November 2014

DIY GOODIES MAJLIS RESEPSI (NAK JIMAT??? BOLEH AJEEERR)



        Jenuhnya nak fikir pasal doorgift untuk para tetamu.Lama jugak la ambil masa untuk buat pilihan, survey punya survey.Akhirnya, berkenan untuk guna paper bag, nt senang nak touch-up paper bag tu.hehehe...

Bahan-bahan yg digunakan :
1.   Paper Bag

2.   Cop

3.   Dolly Paper

      
       Kos yang sangat rendah dan lain daripada yang lain.Kalau nak tunjuk kreatif boleh ajeer...hehehe buat 1000 pcs untuk para tetamu.Cop sendiri je tau, tapi buat sikit-sikit la, lama jugak la nak siapkan benda2 ni. Tugas mengecop paper bag ni chah ler yg buat, time free takde keja je chah pun buat ler benda tu. Time rajin dapat la buat banyak tapi kena time malas pandang benda tu pun tak...hehehe Biasalah tu kan??? korang pun camtu jugak...ye taak? kihkih =p

       Bila paper bag dah siap dicop chah pun bwk balik rumah, nati kat umah bergotong royonglah kita 1 family masukkan jelly (1 paket) dlm paper bag yer. Seronok bila bergotong-royong tp nak kena la yg membantu dlm 3 -4 orang.Korang nati klu ada adik beradik atau sedara mara nak kenduri kahwin jgnlah korang berat tulang, tolonglah ringan-ringankan tulang2 korang tu. Bukan apa nanti time kenduri korang, korang akan rasalah nanti =)

           Disebabkan hari bekerja tak ramai tenaga manusia ygblh tolong siapkan goodies, sekadar chah dan emak jer...jadi makanlah masa 4 hari untuk siapkan benda tu.kitorang buat skit2 sbb tak nak rasa penat sgt.



Inilah gambar paper bag yang dah dicop just tinggalkan masukkan jelly dan klip dgn dolly paper.Untuk buat semua ni memerlukan kesabaran sbb klu korang tak sabar nt hasil cop akan jadi tk bape kemas .










Ni pulak Dolly Paper, benda ni boleh cari kat kedai yg jual barang plastik mcm balang kuih raya, bekas makanan dll tu. Klu yg dok KL boleh cari dekat Pasar Chow Kit tp dalam FB pun ada jugak yg jual cuma harganya la yg berbeza



Gambar goodies yg dah siap tak sempat nak tangkap sbb sibuk dengan persiapan yang lain tapi korang boleh bayangkan kan????


SELAMAT MENCUBA! =)



Isnin, 10 November 2014

Oh hatiku...hati kampung



Cepatnya masa berlalu,sekejap je dah seminggu tinggal kat kampung.Terasa sangat meraihnya beraya kat kampung, jumpa saudara mara yg lama dah tak jumpa.haaii...mcm2 cerita ler yg keluar.Mak abah punya cerita serupa macam takde penamatnya.tapi takpelah raya punya pasal...hihi

Banyak benda yg tak dpt buat kat KL tapi blh buat kat kg.boleh main bakar2, boleh tanam pokok, boleh kait buah....hai byk la perbezaannya.

Oh hatiku...hati kampung...lalala

Seronok dapat tinggal kampung, tenang jer hati ni tgk pemandangan.Raya tahun ni tinggal kat kampung lama skit sbb nak edar kad kahwin sekali sambil beraya jumpa sedara mara tu =)
Penat berjalan tu biasalah kan? tapi hati seronok bila dapat bersembang n bergurau senda dgn sedara mara yg dah lama tak jumpa.


RASA MACAM NAK PINDAH TINGGAL KAT KAMPUNG JER =)


Khamis, 31 Julai 2014

Ke mana lagi kalau tak ke Lenggong



Bulan puasa gini dapat arahan untuk bantu team Amal Jariah YaPEIM ke Lenggong untuk program sumbangan dan perasmian Masjid Al-Hidayah. Ok sangat la sbb cik Chah pun dah lama tak ke sana.

Penempatan kami sepanjang kat sana adalah di Resort Tasek Raban,jangan meraban udah leer yeer...hihihi suasana kat sini memang sangat nyaman ( sejuk sgt org kata mcm kat Cameron)








 Resort Tasek Raban yang kami tinggal sepanjang berada kat Lenggong





 Belakang tu Jambatan Sultan Azlan Shah klu tak silap namanya





 Ini kak Wawa (Staf Amal Jariah)






Sudut bacaan kat dalam Masjid Al-Hidayah sumbangan YaPEIM




Dato' Presiden & Tn Hj. Mokhtar bersama YM Sultan Perak



Perkongsian untuk kali ini... =)

Selasa, 17 Jun 2014

tRIP KE uNIVERSaL sTUDiO sINgaPOrE (USS)



Kali ni kita ke Singapore pulak la yeerr. Jiran Malaysia je, trip ni sebenarnya tak dirancang awal pon. Kisah ni terjadi pon bila ada la sorang member Cik Chah yang dok teringat sangat nak g sana.Alahai, nak tolak kang serba salah, bukan apa sbb trip yg tak dirancang awal ni cik chah tak berapa la sgt nk handle tp dah memandangkan dia request gitu, cik chah pon setujukan je leerr (haaii la member apasaaal...lah tk ko jer yg handle trip kali ni...huurrmm...)Start dari situ cik chah pon buat la sedikit research cara nak g sana. Nak tanya member2 lain, dorang pon tak penah g sana. Haaaa...apalah cik chah, baru cik chah teringat yg kakak cik chah keja kat travel agency. Trus tanya dia cara nk g sana. ALHAMDULILLAH....byk yg akak cik chah bantu dari segi nasihat bukan tu je dia jugak yg plan jadual ke sana sbb yer nak susun masa supaya tk terbuang dan tak tertinggal bas.hehehe (Thanks sis)

Bila dah ada sedikit knowlegde nk g sana, cik chah pon cari ler member2 yang nak join g. Akhirnya dapat la geng, pastu bru la pilih pakej yg sesuai. Korang boleh pilih samaada nak bwk kenderaan masuk Singapore atau masuk guna public transport pon boleh. Pakej yg cik chah pilih pon yg murah2 je, percutian bajet katakaaaann...hehehe untuk 1 kepala RM280.00 jer, murah la skit daripada yg lain sbb byk dah survey harga.




Ni stesen perhentian bas kat USS, bas akan turunkan dan ambil di stesen ni.Stesen  ni kat bawah USS je, ala-ala parking kereta bawah tanah gitu ler 




Banyak permainan yang ada dalam USS ni, sangat2 seronok tapi korang kena ingat duit RM lebih rendah daripada USD Singapore, jadi makanan, minuman dan segala brg dalam tu mahal harganya. Klu nak jimat bwk bekal makanan & minuman.




Menunggu giliran nak naik mini roller coaster...



 Kereta apatah tapi unik la, jenis kereta yg lama2 tu...

















Trip 2 hari 1 malam ni sgt seronok, tp balik memang penat la..hehe biasalah tu kan, masa jalan memang tak rasa penat.Bila dah kat rumah barulah rasa sakit-sakit badan...


DISEBALIK TABIR MENGHASILKAN BUNGA TELUR



D.I.Y BUNGA TELUR



       Agak2 korang la kan...antara beli dan buat sendiri bunga telur mana 1 yg korang pilih????Klu ada yg pilih utk beli pon ok sbb mungkin korang kekurangan masa utk buat semua ni. Bagi yang pilih utk tonjolkan bakat atau nak rasa kepuasan hasil tangan2 kreatif korang tu boleh la mencuba mcm yg sy dah buat ni.

       Kos untuk buat benda ni sangat la rendah, yg paling penting korang dah boleh berjimat utk kenduri kahwin atau mungkin korang nak tolong member2 yg nk kahwin tu.So, sedikit sebanyak korang ada idea utk buat.



Antara bahan-bahan yang diperlukan :

1.   Kain Net
2.   Reben
3.   Selofan Tape (Khas utk Bunga Telur)
4.   Lidi
5.   Dawai
6.   Kertas Crepe


INILAH BAHAN-BAHANNYA




Cara-cara   :
1.











4. Bila bunga ni dah siap, lilitkan bunga ni dgn lidi dan kain net (dah siap potong ikut saiz) tujuannya adalah untuk isi telur/gula-gula dam lain-lain lagi. Terserah atas kreativiti dan kehendak masing-masing. Gambar proses nak lilit selofan tape kertas dengan bunga ni takde sbb terlupa nk snap.Sorinya tp harap korang blh gambarkan.


Nak buat bunga telur jenis ni sgt senang dan blh jimatkan kos untuk kenduri kahwin korang/anak buah/kwn2 yg nak kahwin tu. Kot2 korang nk sponsor benda ni.


Oklah, setakat ni jenis entry untuk kali ni.


SELAMAT MENCUBA!
















Isnin, 28 April 2014

BUKAN SEBAB DUIT TAPI SEBAB LAIN....



    Kadang2 ada perkara yang kita buat,kita sendiri tak tahu kenapa kita buat benda tu.Kita hanya ikut gerak hati dan hadapi dgn hati yg kita sendiri tak boleh nak ungkap. Macam tu jgk la aku, aku sendiri tak tahu kenapa aku buat mcm tu tp yg pasti aku nak belajar dan nk tambah pengetahuan je tapi.....kenapa aku pilih company ni ea? uuurrrmmmmm just faced it ok!

    Sebenarnya aku dah lama dgr citer psl company ni yg mana dia bagi peluang kat sesapa yg berminat utk buat bisnes. Dah 2 3 tahun gak la tapi aku still menimbangtarakan peluang tu.Takkanlah semudah tu? takpe, korang baca je apa yg aku nk story kat korang ni ea. 

     Ada la satu hari ni, ditakdir aku tergerak hati nak menyinggah kat Aeon Big, Wangsa Maju (Dulu Carrefour tp sekarang Aeon Big dah ambil alih). Memang time balik keja aku akan lalu jalan yg menghala ke AB ni tp enta tetibe rasa nak g cuci mata lak.Lagipun parking keta kat sini senang. Dah sampai kat situ, aku pon jalan la ikut satu pintu masuk parking ni, sebelum ni aku bese ikut pintu masuk yg lagi satu tu. kat pintu msk tu ada bhgn kedai2 ngan kiosk yg jual baju2 n tdg2.Masa jalan2 tu, aku ternampak la kedai ni (company yg aku citer td tu).Apalagi aku pon masuk la utk menjengah brg2 dlm kedai tu.Dalam fikiran aku ni takde la teringat psl peluang perniagaan tu.Lama gak la aku dok belek2 produk skin care kat situ.Time dok tny2 psl produk tetibe baru nak teringat.Bila tanya 'ah soh' tu psl tu dia brief la skit.then dia pggl srg lelaki tu utk brief btl2. Apa benda tah dorang ckp dlm bhs cina.Buat2 paham je la.Owner kedai ni Chinese staff dia pon chinese jgk. 

     Setengah jam jgk la dok dgr psl 'Business Owner' ni. Menarik jgk la tp hati aku masih mempersoalkan 'takkan semudah tu je?' 'Mr. Danny' tu kata utk dptkan peluang perniagaan tu kita kena dan MESTI tahu psl semua produk company tu bagi meluluskan sesi temuduga kita nanti. Klu kita GAGAL dlm temuduga tu maka tertutuplah semua peluang tu. Mr.Danny tu suggest utk dtg kedai dia bila2 masa lapang utk study psl produk.Secara tak sengaja aku pon kata better aku wat 'PART TIME' kat situ at least ada income drpd dok situ blaja tanpa income kan?Dipendekkan citer, before start keja kat situ aku kena temuduga skit la dgn business partner Mr. Danny. So, past interview tu next week yer kena start keja. Haaaiii, tk plan pon nak wat part time tp ok gak la klu try..hehehe

     Bila kita masuk tempat baru, kita akan ada perasaan 'ketidakbiasaan'. Memang tak bese la, aku takut gak la sbb perbezaan agama. Takot dorang tak faham tp ALHAMDULILLAH dorang faham dan takde la mcm apa yg aku fikirkan (aku yg pikir negatif). Kerja kat sini memang ok cuma sgt2 bz. Jauh betul perbezaan cara kerja, budaya kerja, & semangat bekerja dorang ni. Dorang keja betul2, takde main2, keja serius tp ada time free dorang bergurau senda tu ada gak la.We are human loorrr...ada perasaan...we are not robot. Tu la yg dorang selalu sebut. 

     Pengalaman yg paling aku tk suka bila mengendalikan sistem 'cashier' atau 'POS'. Dalam byk2 keja yg pernah aku buat sebelum ni takde la rumit mcm yg kat sini punya. Dulu aku pernah keja Guardian, sistem POS dia senang je mcm yg lain tp yg kat sini punya ada kategori yg mana kita kena masukkan Abjad (kategori) dan kod. Bagi aku sgt2 bahaya sbb katalah kite tersalah msk abjad tu then keluar harga 'normal price' tp sebenar yer ada 'promotion price' bila dah klik 'ok' then dah print resit.Katalah customer tu dok tgk resit harga yg dia nak (promotion price) tu tp dia kena byr pd normal price. Huuurmmm, parah gak la..perbezaan harga tu ko la kena tanggung.Sebab tu la aku tak suka jaga 'POS' kat situ, walaupun aku tak pernah kena tp potensi utk berlaku tu mmng akan ada. So, bila key in brg customer aku lambat la sbb nk check btl2.Pernah gak la kena sound dgn owner kedai sbb lmbt key in.Sabar je la, nak wat camne keja dgn org gini la nasib yer.


   Keja sini keja aku top up barang, layan customer, menyapu, mengemop dll. Badan tu jadi aktif la skit.Klu keja pejabat ni keja yer banyak guna fikiran, byk menaip, mesyuarat, dan mcm gitu2 la tp klu kat sini byk guna fizikal la..hehehe Kalau keja kat sini nak makan payah skit, boleh la nak makan tapi taklah setenang  yg  mcm org lain blh mkn.Bila nak solat, seolah-olah terkejar2 bkn apa sbb kejar masa.Nanti klu lama dorang fikir apa lak kan.Kalau boleh kita nak elak tanggapan negatif.Walaupun, dari segi kerja semuanya ok tp bagi aku ada yg setengah perkara yg buat aku kurang selesa.Klu niat utk cari pengalaman memang sesuai, pengalaman yg aku citer ni takkan sama dgn pengalaman org lain walaupun org lain tu buat part time kat tmpt yg sama.


     Bila kerja kat sini, barulah aku sedar betapa beruntungnya aku keja kat YaPEIM. Layanan dan budaya kerja Islam yg diterapkan sgt berbeza dgn dunia pekerjaan yg berada diluar sana. Aku bersyukur sgt2 sbb bagi aku org2 yg kerja kat pasaraya, kat kedai2 dan lain2 tu bkn yer rela nk keja mcm tu. Korang pikir ada org nak korbankan hidup dia semata2 utk keja???? mana ada...dorang pon klu boleh nk cari keja lain tp peluang je yg takde.Bagi yg dah dapat keja yg sesuai tu teruskanlah.Kita masih muda carilah pengalaman dulu, klu rasa nak berniaga tu tggu la lama skit supaya pengalaman yg ada tu blh diguna pakai dan ada modal yg boleh menggerakkan perniagaan korang tu.


    Akhirnya, apa yg aku boleh kata ialah company ni memang buka peluang perniagaan yg mcm dorang bagitahu tu. Sangat mudah tapi korang kena ready betul2 utk dapatkan 'peluang perniagaan' tu dan yang paling penting semangat kental kena ada! memang semangat ni akan turun naik tapi korang kena tahu cara untuk naikkan semangat tu bila dia dah mula menurun. 








Ahad, 27 April 2014

KISAH TELADAN




TENDANG IBU HINGGA TERSUNGKUR KAKU

    Doktor tidak pasti apa penyakit yang dihadapi oleh Razali. Lenig membingungkan apabila katil hampir roboh kerana dia meronta-ronta dan membalik-balikkan badan. Adik beradiknya juga tidak tahu penyakit yang menyerangnya.

Tiba-tiba dia meraung kesakitan hingga memecah kesunyian di wad hospital berkenaan. Jeritannya hampir didengar oleh seluruh pesakit. Sedang kami berbual, sekali lagi Razali menjerit  kesakitan dengan nada yang cukup menakutkan. 'Emak, ampunkan Zali. Mak tolong Zali, Zali panas...sakiiittt. Sakit...tolonglah mak!!! Selepas itu Razali terkebil-kebil melihat ke kiri dan ke kanan.

Orang yang mendengar jeritan itu cukup kehairnan, apalagi ketika melihat tubuh Razali menggelepar seperti Ikan Keli dipanggang dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbeliak akibat azab kesakitan yang dirasainya. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan penghuni wad tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan dia berkeadaan sedemikian rupa? Dosa apakah yang telah dilakukannya.

" Panggil ibunya segera," kata ustaz yang ada disisi katil bersama adik-beradik Razali. Namun, semuanya cuma terdiam menundukkan muka dan berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa ni?" Tanya ustaz. Dengan perlahan abang Razali berbisik ke telinganya. 

"Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia, 3 minggu yang lalu....'

"Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa dia mungkin ada melakukan dosa besar pada ibunya sebab itulah dia menanggung azab sebegini rupa. Dalam keadaan begini, hanya ibunya yang dapat membantu dia, kata ustaz berterus terang."

Mereka cuma mendiamkan diri sementara jeritan Razali semakin kuat dan katil  terpaksa ditahan agar tidak runtuh. Ustaz semakin ingin mengetahui puncanya kerana latar belakang itu insyaALLAH dia boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Razali.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenearnya telah berlaku," kata ustaz sambil membetulkan kopiahnya.

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah menderhaka kepada arwah ibu kami," jawab Roznan, abang Razali. Dengan tenang tapi air mata bergenan, Roznan menceritakan kepada ustaz mengenai kisah sebenar, suatu kisah yang amat manyayat hati.

Razali adalah anak ke-4  daripada 4 adik beradik. Yang bongsu adalah perempuan. Sejak kecil hingalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Razali sentiasa melawan dan menyanggah cakap ibunya. Malah dalam kalangan adik-beradik, dia saja mahu menang. Nasihat dan teguran ibu pula dipandang remeh dan tidak diendahkan. Baginya syurga bukan di bawah telapak kaki ibu. Walaupun bekerja, dia sentiasa kekurangan wang dan seolah-olah rezeki yang diterima tidak berkat. Hal ini berterusan sehingga dia berumah tangga.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila Razali meletakkan jawatannya di sebuah syarikat korporat. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain.Namun, nasibnya berubah menjadi semakin parah.Hutangnya semakin banyak dan bertimbun hingga dia tidak mampu untuk melunaskan hutang-hutang tersebut. Rumah tangga mula kucar-kacir dan akhirnya bercerai dan 2 anaknya yang masih kecil  terabai dan patah dahan untuk bergantung harap.


Bagi menyelesaikan masalah tersebut Razali mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung berhampiran tepi jalan utama kepada pihak bank.

"Emak, saya nak geran tanah tu. Bank dah setuju nak beri RM300,000.00. Saya nak duit tu buat berniga." katanya kasarn.

"Zali, kamu ni sudah melampau, itu harta pusaka untuk kamu semua adik-beradik." jawab si ibu.

"Ahhh!!! saya tak kira, Zali nak mak bagi geran tanah tu , Zali terdesak sekarang!" Kasar kata-kata Razali.

"Emak tahu duit tu bukan engkau nak buat berniaga tapi engkau nak bayar hutang." jawab ibunya

" Arrrrggghhh!!!! kata Razali sambil menendang pintu.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradiknya tidak membenarkan dia mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Razali pulang dengan kecewa namun di dalam hatinya bertekad untuk mendapatkan geran tanaha tersebut walau dengan apa jua cara sekalipun.

Seminggu kemudian , Razali datang semula ke rumah ibunya. Secara kebetulan, semua adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berahkir dengan keadaan yang memilukan.

Ketika kemarahannya memuncak, bagaikan dirasuk syaitan, Razali menendang ibunya menyebabkan kepala ibunya terhantuk dibucu pintu. Darah dari luka terpalit di pintu dan ibu redah tidak sedarkan diri. Akibat pendarahan dalam otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat Razali memohon keampunan daripada ibunya.

Selepas itu, bermulalah azab dalam hidup Razali.Seminggu selepas kematian ibunya, Razali dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Razali bagaikan hilangkan akal dia meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan.Dalam raungannya itu, dia memohon kemapunan kepada arwah ibunya kerana tidak menanggung azab itu. Doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Razali dikatil dan menyuntiknya dengan ubat pelali.

"Kalau begitulah ceritanya, saya akan cuba cara lain disamping membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Namun apabila dibacakan ayat itu Razali menggelepar kepanasan.



bersambung.....

















Rabu, 19 Mac 2014

PAUSE



Konsep pause adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik. Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita. Oleh itu, konsep “pause” boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional semasa marah.
Aplikasi konsep pause mudah sahaja. Kita hanya perlu melakukan dua perkara iaitu:
                1) Diam
2) Berfikir
Semasa kita dimarahi juga, kita perlu melakukan dua perkara diatas.
Langkah yang pertama, kita perlu diam. Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.
Langkah kedua yang perlu dilakukan untuk mengawal marah ialah berhenti sejenak dan berfikir.
1. Mengapa aku perlu marah?
2. Apakah kesan kemarahan aku nanti?
3. Bagaimana pandangan Allah kepada aku?
Sekiranya persoalan – persoalan ini diteliti, ia mampu mengembalikan kita kepada realiti keadaan sebenar. Kita kembalikan diri kita kepada beberapa aspek rasional diri dan kesannya kita akan tersedar dari minda separa sedar semasa marah. Lalu akan terbit rasa timbang rasa kepada pihak yang menerbitkan rasa marah kita itu.
Sir Walter Scot, seorang pengarang Scotland mengatakan bahawa “Timbang rasa adalah laksana lantai perak atau benang sutera yang mempertalikan hati dengan hati, akal dengan akal dan tubuh dengan jiwa.
Oleh itu, konsep pause ini sedikit sebanyak mampu menerbitkan rasa sabar sebagai salah satu jalan mengurus perasaan marah yang meluap – luap itu. 

Isnin, 17 Februari 2014

APA YANG TAK KENA DENGAN SOLEKAN WAJAH KITA???



 Jika nak membetulkan dan belajar apa yang sebaiknya untuk wajah anda apa kata ikuti langkah-langkah kesilapan dan penyelesaiannya.

1. Kesilapan : Terlalu semula jadi
     Walau memiliki wajah tanpa cela, anda juga memerlukan sapuan bedak asas untuk menyamarkan noda dan tompok hitam di wajah.  Ia melicinkan kulit dan memberikan kemasan yang sempurna bak pelengkap wajah.

Penyelesaian : Menyamarkan Noda                          

        Untuk mengetahui teknik terbaik untuk kulit anda, sapukannya pada pipi berdekatan dengan rahang anda.  Ini adalah kawasan yang terpenting di wajah anda.  Usah gusar, pilih warna lebih gelap kerana jika terlalu ringan ia boleh menyebabkan wajah anda kelihatan kelabu.


2. Kesilapan : Pengaris bibir kasar
     Gaya mengelapkan sekeliling bibir boleh mempercepatkan usia wajah anda.  Usah mengukirnya terlalu tebal hingga terkeluar dari garisan semula jadi bibir kerana warna bibir anda akan terperangkap di antara garisan itu.  Garisan nipis di sekeliling mulut akan menekankan bentuk bibir anda yang lebih menawan.

Penyelesaian : Lembutkan gaya

     Untuk memastikan garisan bibir tidak pelik, padankan dengan warna gincu anda atau padankan warna penggaris bibir dengan warna bibir semula jadi anda.  Gunakan pensel berkrim untuk menghasilkan garisan bibir bagi anda yang mempunyai bibir kering.


3.Kesilapan : Penggunaan ‘eyeliner’
     Pendekatan solekan sejak sekian lama dulu mungkin tidak sesuai untuk digayakan seiring peningkatan usia.  ‘Eyeliner’ yang terlalu tebal di bawah mata adalah satu kesilapan.  Ia tidak membuatkan bukaan mata lebih galak tetapi mata kelihatan berat, kecil dan seakan menarik wajah anda ke bawah.

Penyelesaian : ‘Eyeliner’ di atas dan di bawah

     Gunakan ‘eyeliner’ di kedua-dua bahagian atas dan bawah kelopak mata secara sama rata.  Gariskan ia berhampiran dengan garisan bulu mata dan mesrakan warna keduanya.  Untuk pembayang mata pula, warna kelabu lembut atau gangsa akan menyerlahkan kilauan mata anda.

4. Kesilapan : Terang memberi impak
Jika mahu ke majlis makan malam contohnya, rona terang mengikut tema yang dikehendaki adalah bersesuaian namun jika ia tatarias di siang hari, pembayang mata berwarna coklat, navy atau violet adalah lebih sesuai.  Jika mahu warna kelihatan pekat, layangkan tanpa efek di atas semuanya.
Penyelesaian : Naikkan bulu mata anda
Satu cara halus untuk menarik perhatian kepada mata adalah dengan bulu mata seksimu sendiri.  Layangkan maskara dari akar bulu mata hingga ke hujung untuk perlindungan maksimum, lebat dan panjang.


5. Kesilapan : Mengukir kening
     Sebagai wanita yang bakal menjadi ratu sehari, salah satu cara mudah untuk memberi seri kepada wajah anda adalah dengan mengukir dan membentuk kening dengan baik.  Ini kerana jika kening anda tidak diukir dengan kemas ia bakal menampakkan wajah yang kusam dan tidak teratur.  terdapat perbezaan antara mengukir dan mencukur bulu kening anda.

Penyelesaian : Bentuk dan rapikan kening


      Untuk memberi sedikit gaya solekan yang cantik, ukir dan lukiskan bentuk kening dengan menggunakan pensel, pilih warna sedikit ringan daripada warna semula jadi kening anda. Tetapi kini, jika anda tidak mahu untuk mengukir kening.  Ada cara yang lebih mudah iaitu dengan cara solekan pada kening anda oleh si pakar andaman tanpa perlu mencukur dan sebagainya. 

Rabu, 29 Januari 2014

MENABUNG UNTUK BELI RUMAH IDAMAN



Memilik rumah sendiri impian setiap individu. Lazimnya. ia adalah pelaburan yang paling mahal bagi seseorang itu sepanjang hidupnya. Namun, keputusan membeli sebuah rumah boleh menimbulkan pelbagai implikasi kewangan sebaik sahaja anda memberikan  komitmen untuk membeli rumah tersebut. Bayaran balik pinjaman perumahan akan menjadi perbelanjaan yang paling besar pada setiap bulan untuk jangka masa yang panjang.

     Oleh itu, anda perlu membuat perancangan yang teliti dengan menentukan jumlah wang yang boleh digunakan untuk membeli rumah idaman. Berikut adalah 3 soalan yang perlu dipertimbangkan sebelum melaburkan wang dalam rumah idaman anda :

1. Berapa banyak wang yang mampu anda keluarkan daripada simpanan untuk membiayai bayaran       pendahuluan dan kos sampingan pembelian sebuah rumah ?


     Bayaran pendahuluan adalah wang yang perlu dibayar untuk memastikan anda dapat menjadi pemilik sesebuah rumah yang diidamkan. Lebih tinggi bayaran pendahuluan, maka maki kecil amaun yang perlu  dibayar setiap bulan kepada pihak bank untuk menyelesaikan pinjaman perumahan. Selain itu, kadar bunga yang dikenakan juga lebih rendah. Lazimnya, wang pendahuluan yang sepatutnya dibayar adalah di antara 5 - 20% harga jualan rumah tersebut. Slain itu, anda juga perlu  menyediakan wang yang secukupnya untuk yuran guaman, duti setem, insurans dan kos pengubahsuaian rumah apabila kunci rumah diserahkan kelak.

       Berdasarkan aset asas anda, tetapkan jumlah yang mampu dikelurkan untuk membeli rumah anda. Di sini, anda dinasihatkan menyimpan wnag sekurang-kurangkannya amaun yang sama dengan  perbelanjaan bulanan anda iaitu 4 hingga 6 bulan sebagai simpanan kecemasan. Pastikan anda tidak mengusik wang yang disimpan untuk persaraan anda kelak, lebih-lebih lagi jika nada kini di peringkat pertengahan umur.


2. Berapa banyak wang yang anda boleh keluarkan daripada pendapatan bulanan untuk meningkatkan kadar simpanan atau untuk membayar pinjaman perumahan anda?

     Jika anda sudahpun mempertimbangkan soalan 1 dan mendapati wang yang ada dalam tangan anda tidak mengcukupi, langkah seterusnya ialah untuk meningkatkan kadar simpanan anda. Anda boleh  cuba untuk membuka satu akaun simpanan khas untuk pembelian rumah. Pastikan anda memperuntukkan peratusan yang tetap daripada gaji anda untuk disimpan dalam akaun tersebut setiap bulan.. Kaji dengan terperinci perbelanjaan anda

WAHAI PEKERJA MUDA SUDAH BERSEDIAKAH UNTUK HADAPI PERSARAAN



    Bagi mereka yang baru mula bekerja, tumpuan lebih terarah kepada kehidupan yang seronok dan bahagia dengan memiliki rumah, kereta, berkahwin dan sebagainya. Tidak mungkin pada ketika ini , mereka pula dikehendaki untuk memikirkan persaraan. Sekarang adalah masa untuk 'enjoy'. Sebenarnya tanggapan seperti itu adalah silap. Dalam kajian yang dibuat oleh Citibank mendapati :
- 60% pengguna tidak yakin dengan simpan persaraan mereka
- 22% mempunyai pelan persaraan

    Sekarang kita rujuk pula dengan kaji selidik yang dibuat oleh Bank Negara Malaysia (BNM) tahun 2010 secara purata, tahap celik wang rakyat Malaysia menghampiri  usia persaraan adalah jauh lebih rendah  dan sikap pengurusan wang juga kurang memberangsangkan.

    Ramai orang hanya mengharapkan simpanan KWSP untuk meneruskan hidup lepas bersara. Persaraan adalah masa apabila anda  tidak lagi memperoleh pendapatan daripada gaji tetapi bergantung pada KWSP dan simpanan ataupun pendapatan pelaburan. Kita mestilah mempunyai tabungan dan pelaburan yang cukup untuk menambah simpanan dalam KWSP. Orang yg berumu 30 - 35 tahun mesti sudah ada pelan persaraan.

       Dinasihatkan supaya memulakan persediaan persaraan daripada mula bekerja dan terus melabur  sehingga bersara untuk memastikan mempunyai pendapatan yang cukup masa bersara nanti. Dengan mula menyimpan masa muda, kita akan menikmati manfaat simpanan wang yang lebih tinggi.

    Untuk merancang persaraan yang berjaya, kita mesti ada matlamat persaraan yang tinggi.Tabungan dan pelaburan mampu menjamin gaya hidup persaraan yang diinginkan.




'BERSEDIALAH MENGHADAPI PERSARAAN'

Kulit wajah naik jerawat??? Camna nak tangani ni.....????



Masalah jerawat pada kulit wajah boleh kurangkan keyakinan seseorang  untuk berhadapan dengan masyarakat.Contohnya, untuk berjumpa pelanggan, mesyuarat dan pelbagai lagi.

     Masalah ini juga berlaku pada saya, selama ni memang kulit wajah saya tidak pernah ada jerawat.Bila saya jerawat muncul itu sudah menjadi suatu masalah yg besar buat saya.Boleh dikatakan setiap hari jerawat akan timbul pada wajah saya. tiap kali itu la keyakinan sy berkurangan, jari pulak gatal nak picit jerawat. lalu meninggalkan parut jerawat yg merah. Lama-lama baru la saya sedar lepas makan seafood, jerawat pasti akan bertambah. =(



      Banyak dah produk yg sy cuba utk hilangkan jerawat tp tak jumpa2. saat tu barulah saya faham perasaan org yg mempunyai masalah mcmni.hari2 sy akan cuba cari testimoni produk then cari produk tsebut utk cuba.at last, saya temui Produk Nour Ain,sebenar yer member satu opis dah lama suggest pakai Nour Ain tapi sbb produk yg sediaada lom abes lagi. Bila dah abes apalagi teruslah sy order dgn kawan...

     ALHAMDULILLAH, produk ni memang memberi impak yg sgt baik. kulit wajah sy yg berparut hampir2 hilang, sy amat rasa kehebatan produk ini.TERIMA KASIH YA ALLAH kerana menemukan saya dgn produk ini. Tapi kulit sy ni mmng jenis lambat hilang parut. saya cuba lagi cari produk yg mampu percepatkan proses utk hilangkan parut.Dalam pada itu, dirumah ada bedak tanaka.apalagi sy pun cuba la.perrrghhh!!! terbaik! mana tidaknya jerawat yg baru nak timbul kecut keesokkan harinya.saya amat sukakan BEDAK TANAKA tersebut dan hingga hari ini sy masih menggunakannya.


Selepas guna Nour Ain 
bukan 100% parut hilang sbb parut sy mmng jenis lambat nk pudar but at least ada perubahan and I hope akan ada pulih seperti biasa =)


Pengalaman timbul jerawat secara mendadak memberi impak besar dalam hidup saya. Sampai sekarang sy masih lagi setia dengan Produk Nour Ain. Kawan2 jom la cuba pakai. Saya bukanlah stokis mahupun ejen Produk Nour Ain tetapi atas dasar pengalaman saya sarankan kwn2 cuba produk ini.

Produk Nour Ain