Kadang2 ada perkara yang kita buat,kita sendiri tak tahu kenapa kita buat benda tu.Kita hanya ikut gerak hati dan hadapi dgn hati yg kita sendiri tak boleh nak ungkap. Macam tu jgk la aku, aku sendiri tak tahu kenapa aku buat mcm tu tp yg pasti aku nak belajar dan nk tambah pengetahuan je tapi.....kenapa aku pilih company ni ea? uuurrrmmmmm just faced it ok!
Sebenarnya aku dah lama dgr citer psl company ni yg mana dia bagi peluang kat sesapa yg berminat utk buat bisnes. Dah 2 3 tahun gak la tapi aku still menimbangtarakan peluang tu.Takkanlah semudah tu? takpe, korang baca je apa yg aku nk story kat korang ni ea.
Ada la satu hari ni, ditakdir aku tergerak hati nak menyinggah kat Aeon Big, Wangsa Maju (Dulu Carrefour tp sekarang Aeon Big dah ambil alih). Memang time balik keja aku akan lalu jalan yg menghala ke AB ni tp enta tetibe rasa nak g cuci mata lak.Lagipun parking keta kat sini senang. Dah sampai kat situ, aku pon jalan la ikut satu pintu masuk parking ni, sebelum ni aku bese ikut pintu masuk yg lagi satu tu. kat pintu msk tu ada bhgn kedai2 ngan kiosk yg jual baju2 n tdg2.Masa jalan2 tu, aku ternampak la kedai ni (company yg aku citer td tu).Apalagi aku pon masuk la utk menjengah brg2 dlm kedai tu.Dalam fikiran aku ni takde la teringat psl peluang perniagaan tu.Lama gak la aku dok belek2 produk skin care kat situ.Time dok tny2 psl produk tetibe baru nak teringat.Bila tanya 'ah soh' tu psl tu dia brief la skit.then dia pggl srg lelaki tu utk brief btl2. Apa benda tah dorang ckp dlm bhs cina.Buat2 paham je la.Owner kedai ni Chinese staff dia pon chinese jgk.
Setengah jam jgk la dok dgr psl 'Business Owner' ni. Menarik jgk la tp hati aku masih mempersoalkan 'takkan semudah tu je?' 'Mr. Danny' tu kata utk dptkan peluang perniagaan tu kita kena dan MESTI tahu psl semua produk company tu bagi meluluskan sesi temuduga kita nanti. Klu kita GAGAL dlm temuduga tu maka tertutuplah semua peluang tu. Mr.Danny tu suggest utk dtg kedai dia bila2 masa lapang utk study psl produk.Secara tak sengaja aku pon kata better aku wat 'PART TIME' kat situ at least ada income drpd dok situ blaja tanpa income kan?Dipendekkan citer, before start keja kat situ aku kena temuduga skit la dgn business partner Mr. Danny. So, past interview tu next week yer kena start keja. Haaaiii, tk plan pon nak wat part time tp ok gak la klu try..hehehe
Bila kita masuk tempat baru, kita akan ada perasaan 'ketidakbiasaan'. Memang tak bese la, aku takut gak la sbb perbezaan agama. Takot dorang tak faham tp ALHAMDULILLAH dorang faham dan takde la mcm apa yg aku fikirkan (aku yg pikir negatif). Kerja kat sini memang ok cuma sgt2 bz. Jauh betul perbezaan cara kerja, budaya kerja, & semangat bekerja dorang ni. Dorang keja betul2, takde main2, keja serius tp ada time free dorang bergurau senda tu ada gak la.We are human loorrr...ada perasaan...we are not robot. Tu la yg dorang selalu sebut.
Pengalaman yg paling aku tk suka bila mengendalikan sistem 'cashier' atau 'POS'. Dalam byk2 keja yg pernah aku buat sebelum ni takde la rumit mcm yg kat sini punya. Dulu aku pernah keja Guardian, sistem POS dia senang je mcm yg lain tp yg kat sini punya ada kategori yg mana kita kena masukkan Abjad (kategori) dan kod. Bagi aku sgt2 bahaya sbb katalah kite tersalah msk abjad tu then keluar harga 'normal price' tp sebenar yer ada 'promotion price' bila dah klik 'ok' then dah print resit.Katalah customer tu dok tgk resit harga yg dia nak (promotion price) tu tp dia kena byr pd normal price. Huuurmmm, parah gak la..perbezaan harga tu ko la kena tanggung.Sebab tu la aku tak suka jaga 'POS' kat situ, walaupun aku tak pernah kena tp potensi utk berlaku tu mmng akan ada. So, bila key in brg customer aku lambat la sbb nk check btl2.Pernah gak la kena sound dgn owner kedai sbb lmbt key in.Sabar je la, nak wat camne keja dgn org gini la nasib yer.
Keja sini keja aku top up barang, layan customer, menyapu, mengemop dll. Badan tu jadi aktif la skit.Klu keja pejabat ni keja yer banyak guna fikiran, byk menaip, mesyuarat, dan mcm gitu2 la tp klu kat sini byk guna fizikal la..hehehe Kalau keja kat sini nak makan payah skit, boleh la nak makan tapi taklah setenang yg mcm org lain blh mkn.Bila nak solat, seolah-olah terkejar2 bkn apa sbb kejar masa.Nanti klu lama dorang fikir apa lak kan.Kalau boleh kita nak elak tanggapan negatif.Walaupun, dari segi kerja semuanya ok tp bagi aku ada yg setengah perkara yg buat aku kurang selesa.Klu niat utk cari pengalaman memang sesuai, pengalaman yg aku citer ni takkan sama dgn pengalaman org lain walaupun org lain tu buat part time kat tmpt yg sama.
Bila kerja kat sini, barulah aku sedar betapa beruntungnya aku keja kat YaPEIM. Layanan dan budaya kerja Islam yg diterapkan sgt berbeza dgn dunia pekerjaan yg berada diluar sana. Aku bersyukur sgt2 sbb bagi aku org2 yg kerja kat pasaraya, kat kedai2 dan lain2 tu bkn yer rela nk keja mcm tu. Korang pikir ada org nak korbankan hidup dia semata2 utk keja???? mana ada...dorang pon klu boleh nk cari keja lain tp peluang je yg takde.Bagi yg dah dapat keja yg sesuai tu teruskanlah.Kita masih muda carilah pengalaman dulu, klu rasa nak berniaga tu tggu la lama skit supaya pengalaman yg ada tu blh diguna pakai dan ada modal yg boleh menggerakkan perniagaan korang tu.
Akhirnya, apa yg aku boleh kata ialah company ni memang buka peluang perniagaan yg mcm dorang bagitahu tu. Sangat mudah tapi korang kena ready betul2 utk dapatkan 'peluang perniagaan' tu dan yang paling penting semangat kental kena ada! memang semangat ni akan turun naik tapi korang kena tahu cara untuk naikkan semangat tu bila dia dah mula menurun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan