WELCOME

WELCOME

Ahad, 27 April 2014

KISAH TELADAN




TENDANG IBU HINGGA TERSUNGKUR KAKU

    Doktor tidak pasti apa penyakit yang dihadapi oleh Razali. Lenig membingungkan apabila katil hampir roboh kerana dia meronta-ronta dan membalik-balikkan badan. Adik beradiknya juga tidak tahu penyakit yang menyerangnya.

Tiba-tiba dia meraung kesakitan hingga memecah kesunyian di wad hospital berkenaan. Jeritannya hampir didengar oleh seluruh pesakit. Sedang kami berbual, sekali lagi Razali menjerit  kesakitan dengan nada yang cukup menakutkan. 'Emak, ampunkan Zali. Mak tolong Zali, Zali panas...sakiiittt. Sakit...tolonglah mak!!! Selepas itu Razali terkebil-kebil melihat ke kiri dan ke kanan.

Orang yang mendengar jeritan itu cukup kehairnan, apalagi ketika melihat tubuh Razali menggelepar seperti Ikan Keli dipanggang dalam api yang marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbeliak akibat azab kesakitan yang dirasainya. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan penghuni wad tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan dia berkeadaan sedemikian rupa? Dosa apakah yang telah dilakukannya.

" Panggil ibunya segera," kata ustaz yang ada disisi katil bersama adik-beradik Razali. Namun, semuanya cuma terdiam menundukkan muka dan berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa ni?" Tanya ustaz. Dengan perlahan abang Razali berbisik ke telinganya. 

"Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia, 3 minggu yang lalu....'

"Kalau macam ini susahlah sikit. Saya rasa dia mungkin ada melakukan dosa besar pada ibunya sebab itulah dia menanggung azab sebegini rupa. Dalam keadaan begini, hanya ibunya yang dapat membantu dia, kata ustaz berterus terang."

Mereka cuma mendiamkan diri sementara jeritan Razali semakin kuat dan katil  terpaksa ditahan agar tidak runtuh. Ustaz semakin ingin mengetahui puncanya kerana latar belakang itu insyaALLAH dia boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan kesakitan Razali.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenearnya telah berlaku," kata ustaz sambil membetulkan kopiahnya.

"Ustaz, sebenarnya adik saya ini sudah menderhaka kepada arwah ibu kami," jawab Roznan, abang Razali. Dengan tenang tapi air mata bergenan, Roznan menceritakan kepada ustaz mengenai kisah sebenar, suatu kisah yang amat manyayat hati.

Razali adalah anak ke-4  daripada 4 adik beradik. Yang bongsu adalah perempuan. Sejak kecil hingalah dia bekerja dan seterusnya berkahwin, Razali sentiasa melawan dan menyanggah cakap ibunya. Malah dalam kalangan adik-beradik, dia saja mahu menang. Nasihat dan teguran ibu pula dipandang remeh dan tidak diendahkan. Baginya syurga bukan di bawah telapak kaki ibu. Walaupun bekerja, dia sentiasa kekurangan wang dan seolah-olah rezeki yang diterima tidak berkat. Hal ini berterusan sehingga dia berumah tangga.

Keadaan menjadi semakin buruk apabila Razali meletakkan jawatannya di sebuah syarikat korporat. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain.Namun, nasibnya berubah menjadi semakin parah.Hutangnya semakin banyak dan bertimbun hingga dia tidak mampu untuk melunaskan hutang-hutang tersebut. Rumah tangga mula kucar-kacir dan akhirnya bercerai dan 2 anaknya yang masih kecil  terabai dan patah dahan untuk bergantung harap.


Bagi menyelesaikan masalah tersebut Razali mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung berhampiran tepi jalan utama kepada pihak bank.

"Emak, saya nak geran tanah tu. Bank dah setuju nak beri RM300,000.00. Saya nak duit tu buat berniga." katanya kasarn.

"Zali, kamu ni sudah melampau, itu harta pusaka untuk kamu semua adik-beradik." jawab si ibu.

"Ahhh!!! saya tak kira, Zali nak mak bagi geran tanah tu , Zali terdesak sekarang!" Kasar kata-kata Razali.

"Emak tahu duit tu bukan engkau nak buat berniaga tapi engkau nak bayar hutang." jawab ibunya

" Arrrrggghhh!!!! kata Razali sambil menendang pintu.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradiknya tidak membenarkan dia mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Razali pulang dengan kecewa namun di dalam hatinya bertekad untuk mendapatkan geran tanaha tersebut walau dengan apa jua cara sekalipun.

Seminggu kemudian , Razali datang semula ke rumah ibunya. Secara kebetulan, semua adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berahkir dengan keadaan yang memilukan.

Ketika kemarahannya memuncak, bagaikan dirasuk syaitan, Razali menendang ibunya menyebabkan kepala ibunya terhantuk dibucu pintu. Darah dari luka terpalit di pintu dan ibu redah tidak sedarkan diri. Akibat pendarahan dalam otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat Razali memohon keampunan daripada ibunya.

Selepas itu, bermulalah azab dalam hidup Razali.Seminggu selepas kematian ibunya, Razali dikejarkan ke hospital kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Razali bagaikan hilangkan akal dia meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan.Dalam raungannya itu, dia memohon kemapunan kepada arwah ibunya kerana tidak menanggung azab itu. Doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Razali dikatil dan menyuntiknya dengan ubat pelali.

"Kalau begitulah ceritanya, saya akan cuba cara lain disamping membacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Namun apabila dibacakan ayat itu Razali menggelepar kepanasan.



bersambung.....

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan