WELCOME

WELCOME

Isnin, 17 Februari 2014

APA YANG TAK KENA DENGAN SOLEKAN WAJAH KITA???



 Jika nak membetulkan dan belajar apa yang sebaiknya untuk wajah anda apa kata ikuti langkah-langkah kesilapan dan penyelesaiannya.

1. Kesilapan : Terlalu semula jadi
     Walau memiliki wajah tanpa cela, anda juga memerlukan sapuan bedak asas untuk menyamarkan noda dan tompok hitam di wajah.  Ia melicinkan kulit dan memberikan kemasan yang sempurna bak pelengkap wajah.

Penyelesaian : Menyamarkan Noda                          

        Untuk mengetahui teknik terbaik untuk kulit anda, sapukannya pada pipi berdekatan dengan rahang anda.  Ini adalah kawasan yang terpenting di wajah anda.  Usah gusar, pilih warna lebih gelap kerana jika terlalu ringan ia boleh menyebabkan wajah anda kelihatan kelabu.


2. Kesilapan : Pengaris bibir kasar
     Gaya mengelapkan sekeliling bibir boleh mempercepatkan usia wajah anda.  Usah mengukirnya terlalu tebal hingga terkeluar dari garisan semula jadi bibir kerana warna bibir anda akan terperangkap di antara garisan itu.  Garisan nipis di sekeliling mulut akan menekankan bentuk bibir anda yang lebih menawan.

Penyelesaian : Lembutkan gaya

     Untuk memastikan garisan bibir tidak pelik, padankan dengan warna gincu anda atau padankan warna penggaris bibir dengan warna bibir semula jadi anda.  Gunakan pensel berkrim untuk menghasilkan garisan bibir bagi anda yang mempunyai bibir kering.


3.Kesilapan : Penggunaan ‘eyeliner’
     Pendekatan solekan sejak sekian lama dulu mungkin tidak sesuai untuk digayakan seiring peningkatan usia.  ‘Eyeliner’ yang terlalu tebal di bawah mata adalah satu kesilapan.  Ia tidak membuatkan bukaan mata lebih galak tetapi mata kelihatan berat, kecil dan seakan menarik wajah anda ke bawah.

Penyelesaian : ‘Eyeliner’ di atas dan di bawah

     Gunakan ‘eyeliner’ di kedua-dua bahagian atas dan bawah kelopak mata secara sama rata.  Gariskan ia berhampiran dengan garisan bulu mata dan mesrakan warna keduanya.  Untuk pembayang mata pula, warna kelabu lembut atau gangsa akan menyerlahkan kilauan mata anda.

4. Kesilapan : Terang memberi impak
Jika mahu ke majlis makan malam contohnya, rona terang mengikut tema yang dikehendaki adalah bersesuaian namun jika ia tatarias di siang hari, pembayang mata berwarna coklat, navy atau violet adalah lebih sesuai.  Jika mahu warna kelihatan pekat, layangkan tanpa efek di atas semuanya.
Penyelesaian : Naikkan bulu mata anda
Satu cara halus untuk menarik perhatian kepada mata adalah dengan bulu mata seksimu sendiri.  Layangkan maskara dari akar bulu mata hingga ke hujung untuk perlindungan maksimum, lebat dan panjang.


5. Kesilapan : Mengukir kening
     Sebagai wanita yang bakal menjadi ratu sehari, salah satu cara mudah untuk memberi seri kepada wajah anda adalah dengan mengukir dan membentuk kening dengan baik.  Ini kerana jika kening anda tidak diukir dengan kemas ia bakal menampakkan wajah yang kusam dan tidak teratur.  terdapat perbezaan antara mengukir dan mencukur bulu kening anda.

Penyelesaian : Bentuk dan rapikan kening


      Untuk memberi sedikit gaya solekan yang cantik, ukir dan lukiskan bentuk kening dengan menggunakan pensel, pilih warna sedikit ringan daripada warna semula jadi kening anda. Tetapi kini, jika anda tidak mahu untuk mengukir kening.  Ada cara yang lebih mudah iaitu dengan cara solekan pada kening anda oleh si pakar andaman tanpa perlu mencukur dan sebagainya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan