WELCOME

WELCOME

Rabu, 13 Julai 2016

BILA ANAK SELESEMA DAN BATUK


Semalam pengasuh Fawwaz bagitahu yg baby selesema tapi masih aktif seperti biasa. Time balik tengok hingus meleleh, alaaa kesiannya anak ibu ni. Batuk pun dah bunyi sikit tu. En suami cakap nak bawak baby pergi klinik tp kaaan...errmmm enta la saya ni tak berapa gemar bila sakit sikit2 nak bwk pergi klinik sbb tak nak baby terlalu bergantung dengan ubat. Lagipun ikut pengalaman sebelum ni, bila pergi klinik DR cuma tengok-tengok macam tu aje pastu check suhu badan guna termometer. Alahaaai DR saya pun ada termometer, rasa mcm service yg kami terima tu 'ala-ala ajer'. Kalau blh nak guna cara tradisional contohnya letak kunyit hidup kat batang hidup baby. Petua ni dah pernah saya guna pakai dan ALHAMDULILLAH 2 3 kali buat kat  baby menjadi jugak la. 

Kawan-kawan yg selalu berdepan dengan masalah anak selesema cubalah petua ni. Bahan yg selalu ada kat rumah, ambil kunyit hidup dalam 2 inci, buang kulit dan tumbuk dengan lesung batu.Tumbuk hingga halus, lepas tu calit kat batang hidup baby. Fungsi kunyit hidup ni adalah untuk mengeringkan hingus dan paling penting tak menyakitkan cuma nanti ada bekas warna kuning kat hidup baby anda..hehehe


Sekadar berkongsi sedikit ilmu yang saya tahu, SELAMAT MENCUBA!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan