Memulakan bidang sebagai P.A tanpa ada sebarang pengalaman dan maklumat tentang bidang kerjanya. Alahai, awal2 tu memang terasa sgt kekok nak buat kerja apatah lagi jadi P.A kepada orangyang berjawatan, banyak perkara yang perlu dijaga. Kadang-kadang rasa macam hidup hanya untuk bos jer =( Kebanyakan urusan yang dibuat lebih daripada urusan sendiri, huurrrm...bukan merungut tapi klu anda berada di tempat saya sudah tentu anda akan merasakan perkara yang sama. Hari minggu bukanlah 100% hari bercuti kita, tamat waktu kerja bukan bermakna kita boleh rehat. Sebab apa??? sebab P.A perlu selalu berada dalam keadaan bersedia, adakala bos akan call untuk memberi arahan, minta apa-apa info dan banyak lagi. Klu panggilan atau sms tidak dibalas, pasti esok lusa tu kena tegur dengan bos. Walaupun sebenarnya itu waktu PERSONAL kita. Jadi bagi orang yang berpendapat bahawa P.A ni takde kerja, maka saya rasa sesuailah klu anda cuba jadi P.A. Lepas tu pasti anda rasa tak nak jadi P.A dah... =)
Bukan nak memberi gambaran negatif kerjaya sebagai P.A tapi bagi orang-orang yang rasa kerja P.A ni mudah, sebenarnya anda SILAP ! Janganlah anggap yang P.A ni takde kerja atau dayang-dayang pada bos. Tapi apakan daya itulah bidang kerja sebagai sebagai seorang P.A. Mungkin nampak mudah tapi bukan seperti yang anda fikirkan dan sebab tu adanya Hari Setiausaha ! Nampak tak betapa pentingnya peranan seorang P.A / setiausaha.
Untuk bos-bos / majikan hargailah P.A anda, janganlah memandang P.A sebagai kerani cabuk atau manusia yang tidak ada kehidupan mereka sendiri. Setelah 5 tahun saya berkhidmat sebagai seorang P.A, sudah tiba masa rasanya untuk saya mencuba bidang lain. Untuk menambah pengalaman yang ada, semoga saya terus bersemangat untuk berada dalam alam pekerjaan dan menjadi seorang bekerjaya. Semoga harapan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya akan saya kecapi dan perlunya ilmu untuk mennjadi orang yang berjaya.