Ini adalah kisah realiti yang saya cuba ketengahkan pada masyarakat supaya kita tidak menjadi anak yang lupa akan ibu bapanya. jadikan teladan...
PENGISTIHARAN 'Settlementfor Lepersand Decrepit Persons' pada tahun 1934 berdasarkn Enakmen kusta 1926 telah meragut kebahagiaan keluarga dengan mengasingkannya di Pusat Kawalan Kusta Negara di atas tanah seluas 562 ekar di Sungai buloh, Selangor pada tahun aa1946.Namun apabila penyakit berjangkit tersebut berjaya dikawal sepenuhnya pada awal tahun 70 an dan mereka boleh kembali kpd keluarga tetapi stigma keluarga dan masyarakat menjadikan mereka yg seramai 253 org utk terus memilih tinggal di 'lembah harapan ' ini.
Harun , 95 , merupakn salah seorang penghuni yg paling lama memilih utk terus tinggal di pusat itu dan melupakn harapan untuk menghabiskan sisa hidup di sisi anak tersayang. Harapannya, biarlah semua impiannya terlaksana di akhirat kelak. "Dahulu saya hanya dapat lihat anak semasa dia lahir pada 1942.Ketika itu bapa saudara saya datang untuk kamat anak saya. Kemudian dialah yang membesarkannya, cerita Harun yang begitu sedih mengenangkan anak dan isteri yang terpaksa diasingkan dalam kehidupannya yang kian sunyi.
"Bapa saudara juga memaksa saya menceraikan isteri dan saya pun tidak kisah dengan tindakan tersebut," jelasnya dengan mata berkaca mengingati saat dia terpaksa mentalakkan isteri dan ikatan perkahwinan yang dibina selama itu.Seingatnya, anak perempuannya kini berusia 60 tahun.Walaupun tidak dapat memanjakannya, dia bahagia dapat menunaikan tanggungjawab terakhir sebagai seorang bapa dengan menjadi wali perkahwinannya dengan seorang pegawai polis. Hasil perkahwinan tersebut, dia mempunyai dua cucu dan seorang cicit.
"Anak saya pernah beberapa kali datang melawat dan kali terakhir ketika dia hendak menunaikan fardhu Haji. Itupun sudah 10 tahun yang lalu," tambahnya sayu mengenangkan betapa pertemuan mereka anak beranak selama 67 tahun tidak pernah lebih daripada 5 kali sambil membilang jari dengan sebelah tangan. Semasa datang dahulu, pernah dia ajak tinggal bersama tetapi menantu tidak cakap apa-apa. Saya faham-faham sendiri. Dia anak perempuan, suami dia yang tanggung. Takkan hendak tanggung saya... bertambah beban dia. Saya tidak mahu di sebabkan saya, mereka suami isteri bergaduh dan berpecah belah. Biarlah mereka bahagia dan saya sentiasa mendoakan agar mereka sihat dan selamat. Biarlah saya terus di sini...!' Kata Harun seperti berputus harapan sepenuhnya untuk kembali kepada kehidupan berkeluarga.
Namun jauh disudut hati, dia reda dan berharap dirinya akan terus sabar dengan ujian ALLAH S.W.T terhadapnya sebagaimana sabarnya Nabi Ayub a.s menghadapi sakit kulit yang kronik dengan kudis dan nanah sehingga ditinggalkan anak dan isteri.