WELCOME

WELCOME

Jumaat, 29 Julai 2016

Sambutan Hari Raya Aidilfitri YaPEIM 2016

Sambutan hari raya secara sederhana di YaPEIM, wlupun sederhana namun tetap meriah.
Sehari sebelum majlis masing2 dah sibuk dgn tugasan yg dah diagihkan. Saya tak byk membantu sbb tugasan yg diberi diserah pada org lain. Memandangkan sy sedang mengandung agaknya dorang bagi excuse..😊 alhamdulillah, terima kasih sbb memahami. Memang skang ni tak bp larat, cepat penat...wlupun baru diperingkat awal tp tu la...dugaan org mengandung.

Utk majlis ni jabatan kami pakat nk pakai baju seragam..RAYA SEDONDON la katakan.menu makanan menarik semuanya, larat dgn tk larat je nk mkn.hihi.

Rabu, 13 Julai 2016

BILA ANAK SELESEMA DAN BATUK


Semalam pengasuh Fawwaz bagitahu yg baby selesema tapi masih aktif seperti biasa. Time balik tengok hingus meleleh, alaaa kesiannya anak ibu ni. Batuk pun dah bunyi sikit tu. En suami cakap nak bawak baby pergi klinik tp kaaan...errmmm enta la saya ni tak berapa gemar bila sakit sikit2 nak bwk pergi klinik sbb tak nak baby terlalu bergantung dengan ubat. Lagipun ikut pengalaman sebelum ni, bila pergi klinik DR cuma tengok-tengok macam tu aje pastu check suhu badan guna termometer. Alahaaai DR saya pun ada termometer, rasa mcm service yg kami terima tu 'ala-ala ajer'. Kalau blh nak guna cara tradisional contohnya letak kunyit hidup kat batang hidup baby. Petua ni dah pernah saya guna pakai dan ALHAMDULILLAH 2 3 kali buat kat  baby menjadi jugak la. 

Kawan-kawan yg selalu berdepan dengan masalah anak selesema cubalah petua ni. Bahan yg selalu ada kat rumah, ambil kunyit hidup dalam 2 inci, buang kulit dan tumbuk dengan lesung batu.Tumbuk hingga halus, lepas tu calit kat batang hidup baby. Fungsi kunyit hidup ni adalah untuk mengeringkan hingus dan paling penting tak menyakitkan cuma nanti ada bekas warna kuning kat hidup baby anda..hehehe


Sekadar berkongsi sedikit ilmu yang saya tahu, SELAMAT MENCUBA!

BERJUANG UNTUK JAWAB FINAL EXAM


Minggu peperiksaan dah pun bermula, memang sangat berjuang untuk baca nota dan buat latihan. Bila dah ada anak ni, tak dapat nak plan time utk study sbb byk perkara yg tak dijangka. Kadang-kadang bila dah plan nak study time ni, topik ni dan bla bla bla at last tak jadi. Bila kat umah tengok anak asyik nak layan dia je rasa, nak main ngan baby.Kalau nak study kena tunggu time tengah malam sbb time tu dia tidur, so baru boleh concentrate kat nota & buat latihan. Oh sangat mencabar!

Semua tu dugaan dan perkara tu yang mengajar kite erti kematangan dan kedewasaan. Yang penting semangat kena kuat, jangan sekali-kali patah semangat. InsyaALLAH ada kemanisan dihujung nanti, amin. Alhamdulillah en suami banyak membantu, sangat memahami dan banyak tolong buat kerja rumah.

Tak sabar nak habiskan degree, ada lagi 2 sem. Kawan-kawan tolong doakan saya BERJAYA yer. Kalau takde apa nak sambung MASTER pulak. YA ALLAH, permudahkanlah segala usaha dan urusanku, amin.

Teringat masa habis diploma dulu, mak pesan kalau nak sambung belajar lagi...mak tak dapat nak tanggung, carilah duit sendiri. Sedih memang sedih bila tengok kwn2 lain sambung degree secara full-time tapi apakan daya, saya takde peluang seperti itu. Saya tekad untuk sambung jugak belajar walau mcmana cara sekalipun. Alhamdulillah habis diploma tu terus dapat kerja, dah kerja terus apply utk sambung degree secara part-time. Pernah saya dilemparkan kata-kata yg menyakitkan hanya kerana sy tak ada degree. Manusia...manusia...telan je la apa yg org kata. 

Untuk kwn2 yg ada niat nak sambung belajar tu teruskanlah, jangan patah semnagat, jgn putus asa! Biarlah susah mcmna pun, teruskan niat yg suci tu sbb ilmu ALLAH itu luas. Proses pembelajaran sentiasa berlaku, pembelajaran sepanjang hayat katakan =D