Sekarang dalam proses menurunkan berat badan. Orang kata ibu yg menyusukan anak ni cepat turun, so takyah nak risau sangat berat badan. Awal-awal dulu percaya la jgk tapi bila dah lama-lama rasanya perkara tu tak jadi pun kat Cik Chah .Berat badan tak naik dan jugak tak turun.Selera makan semakin menjadi-jadi.Lagi pulak tengok en suami makan, tergoda tengok...=D
Untuk merealisasikan hasrat tersebut Cik Chah banyakkan membaca melalui Majalah Rapi, Google dan banyak lagi untuk mendapatkan tips-tips kesihatan. Kat pejabat pula diadakan Pertandingan Untuk menurunkan berat badan. Apalagi Cik Chah join leer tp bukan niat untuk menang tapi niat untuk sertai semua aktiviti yang akan dijalakan. Malangnya program tu separuh jalan je sebab tak dapat kelulusan daripada pihak pengurusan. Sedikit sebanyak mempengaruhi jugak la hasrat nak turunkan berata badan.
Dipendekkan cerita tengah skrol-skrol FB ternampak la kawan masa belajar kat universiti dulu post iklan Omega Guard Shaklee. Tak fikir panjang dah terus PM kawan tu untuk dapatkan info pasal produk tu. Harga yg kawan Cik Chah bagi tu pun ok sbb dia bg diskaun. Kawan tu dia tinggal kat kelantan so kena la pos.Niat hati nak tolong member buat sales pun =D
Dalam seminggu Cik Chah dah plan nak bersenam bape kali dan bape lama. Itu pun ikut kemampuan sbb kadang2 anak nak melekat ngan kite. So agak terhad la kebebasan sejak jadi ibu ni. Omega Guard ni Cik Chah amik 15 minit sebelum makan supaya lemak2 dalam badan boleh dibakar dan bersedia sebelum makanan baru sampai =) Untuk senaman pun amik 10/15 minit sebelum bersenam. Apa yang Cik Chah perasan bila amik produk ni kita akan rasa sering dahaga dan akan banyak membuang air kecil. Tak sabar nak tengok result.Doakan Cik Chah berjaya turunkan berat badan yer dan dapat berat badan yg ideal.