Memilik rumah sendiri impian setiap individu. Lazimnya. ia adalah pelaburan yang paling mahal bagi seseorang itu sepanjang hidupnya. Namun, keputusan membeli sebuah rumah boleh menimbulkan pelbagai implikasi kewangan sebaik sahaja anda memberikan komitmen untuk membeli rumah tersebut. Bayaran balik pinjaman perumahan akan menjadi perbelanjaan yang paling besar pada setiap bulan untuk jangka masa yang panjang.
Oleh itu, anda perlu membuat perancangan yang teliti dengan menentukan jumlah wang yang boleh digunakan untuk membeli rumah idaman. Berikut adalah 3 soalan yang perlu dipertimbangkan sebelum melaburkan wang dalam rumah idaman anda :
1. Berapa banyak wang yang mampu anda keluarkan daripada simpanan untuk membiayai bayaran pendahuluan dan kos sampingan pembelian sebuah rumah ?
Bayaran pendahuluan adalah wang yang perlu dibayar untuk memastikan anda dapat menjadi pemilik sesebuah rumah yang diidamkan. Lebih tinggi bayaran pendahuluan, maka maki kecil amaun yang perlu dibayar setiap bulan kepada pihak bank untuk menyelesaikan pinjaman perumahan. Selain itu, kadar bunga yang dikenakan juga lebih rendah. Lazimnya, wang pendahuluan yang sepatutnya dibayar adalah di antara 5 - 20% harga jualan rumah tersebut. Slain itu, anda juga perlu menyediakan wang yang secukupnya untuk yuran guaman, duti setem, insurans dan kos pengubahsuaian rumah apabila kunci rumah diserahkan kelak.
Berdasarkan aset asas anda, tetapkan jumlah yang mampu dikelurkan untuk membeli rumah anda. Di sini, anda dinasihatkan menyimpan wnag sekurang-kurangkannya amaun yang sama dengan perbelanjaan bulanan anda iaitu 4 hingga 6 bulan sebagai simpanan kecemasan. Pastikan anda tidak mengusik wang yang disimpan untuk persaraan anda kelak, lebih-lebih lagi jika nada kini di peringkat pertengahan umur.
2. Berapa banyak wang yang anda boleh keluarkan daripada pendapatan bulanan untuk meningkatkan kadar simpanan atau untuk membayar pinjaman perumahan anda?
Jika anda sudahpun mempertimbangkan soalan 1 dan mendapati wang yang ada dalam tangan anda tidak mengcukupi, langkah seterusnya ialah untuk meningkatkan kadar simpanan anda. Anda boleh cuba untuk membuka satu akaun simpanan khas untuk pembelian rumah. Pastikan anda memperuntukkan peratusan yang tetap daripada gaji anda untuk disimpan dalam akaun tersebut setiap bulan.. Kaji dengan terperinci perbelanjaan anda